Posts

Showing posts from July, 2013

Pulanglah...

Al-Fatihah buat yang telah pergi mendahului kita.

(i)

(Monolog)

Sayang,
di hari yang mulia ini,
ku pohon keampunan.

Hanya satu yang ku pinta:
Pulanglah...

(ii)

Termenung ku sendiri
memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
hapus hancur oleh kata fitnah...

Kedukaan

Kedukaan ini tak bisa ku pelihara dari kezahiran. Namun, andai kau mengerti kedukaan ini, pasti aku akan kehilanganmu. Aku boleh saja maafkan dirimu. Aku jua mampu untuk memahami kemasyghulanmu. Namun, aku tak kuasa menidakkan duka suara hatiku kerana hati masih terluka meski yang menggurisnya hanyalah sepatah kata. Andai aku kehilanganmu, aku akan ingat betapa dirimu amat baik bagiku; meski aku tidak merasa apa-apa pun darimu. Aku harap luka ini sembuh di multaqa yang direstui Yang Esa. Tuhan, maafkan aku.

Surau, Kolej Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Jumaat, 26 Julai 2013, jam 1.46 pagi.

Ramadhanku

Ramadhanku tidak ubah dan tidak lain adalah bulan yang amat aku muliakan, sepertimana para Muslimin dan Muslimat memuliakannya. Dalamnya tersingkap kasih sayang Allah yang amat luas, hampir tak terjangkau di fikiran. "Kalau kamu kira nikmat Allah, terlalulah mustahil untuk kalian mengiranya!" Begitulah terabadinya firman Allah SWT kepada kita semua. Ramadhan datang bersama rahmat dan keampunan Allah yang infiniti, lebih banyak dari yang biasa. Hanya kita perlu sabar menahan lapar dan dahaga serta menghindar peribadi daripada noda dan durjana. Insafi bersama, dalam kita bersenang dan bergembira, mereka di sana muram durja kerana tidak dapat merasa rezeki kurniaanNya. Semoga Ramadhan ini datang dengan rasa kesyukuran dan keinsafan; semoga terkecap barakah, kemaafan dan kasih sayangNya.

Kolej Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Isnin, 22 Julai 2013, jam 8.17 malam.

Debat Bahasa Arab yang Bererti

Image
Pertemuan ini menjadi suatu bererti di kala diri menepi untuk warna-warna hati
(Kupu-kupu Cinta)
Kami, semalam (3 Julai), tidaklah sehebat warga Palestin. Palestin yang diwakili oleh Madrasah al-Salah, Gaza, baru sahaja menjuarai Pertandingan Debat Pelajar Antarabangsa Musleh (MISDC) 5/2013 (Kategori Bahasa Arab), baru-baru ini. Namun begitu, kami tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam Sesi Pembukaan Debat Bahasa Arab 2013/2014, Pusat Asasi (CFS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM), semalam yang membawakan usul bahawa "Dewan mewajibkan para wanita bekerja di luar rumah" (خروج المرأة إلى العمل ضرورة).

Bagi saya, debat semalam amat bererti bagi saya dan setiap yang terlibat dan menyaksikannya. Sungguh, saat ini saya hargai sepenuh hati saya.