Ziarah Kekasihku

KepadaMu, ya Allah
aku melakar lukisan kesyukuran
atas sebuah ziarah mahabbah
jaulah menggapai redhaMu
perjalanan sebuah ikatan persaudaraan
yang kusandarkan kasihnya keranaMu.

Justeru pada hari ini
setulus doa ku panjatkan
agar semua yang aku temui
mendapat rahmat, ampunan dan kasihMu
semoga mereka dipayung kebahagiaan
sepanjang jalan kehidupan.

Ziarah ku bariskan
sebagai antara kekasihku
kerana dalamnya
aku mengucap lafaz kesyukuran
aku mengukir arca kegembiraan
aku melafazkan erti kerinduan
aku mengungkapkan kalimah pertalian.

Di sini aku bertemu
bertamu dengan ziarah
kekasihku yang ku angkat darjatnya
sebagai yang dirahmatiNya.

Ziarahlah sekali-sekala
semoga kasih di penjelmaan jua.

Masjid at-Taqwa, SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah.
Selasa, 11 Jun 2013, jam 4.17 petang.

Comments