Posts

Showing posts from June, 2013

Ihsanlah

Aku menyesal untuk memarahi sebuah kejadian
di kala aku menyesali kejadian tersebut.
Aku masih terlalu hijau untuk mengatakan
bahawa aku ini seorang yang amat
wibawa dalam sesebuah bidang sehingga takkan
berlalu sebarang kejadian yang tidak aku
ingini. Kesedaranku adalah dengan merasai bahawa
Tuhanku penafsir dan penggubal segala hasrat
dan kehendakku. Aku di sisiMu, Tuhan,
bukanlah siapa-siapa meski aku menduduki kerusi
presiden kabinet, cemerlang membudayakan Parlimen di
kawasan negaraku dan gemilang dalam membantu
urustadbir. Aku menyedari ini semua sehingga
kini. Suatu saat, seorang aku harus koreksi.
Ihsanlah, wahai diriku, kerana Tuhanmu jua
ihsan terhadap seorang dirimu dengan sebaiknya.

Bilik Teratai 2, UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Jumaat, 28 Jun 2013, jam 1.10 pagi.

3 Hari

Image
(Sempena Debat Antarabangsa Musleh 5/2013)

Senja membawaku terkenang betapa tiga hariku bersama orang baru mengajarku banyak pengertian dan kefahaman. Seorang dia amat sukar untukku terima di garis mula. Lambat laun, dia adalah sahabatku seperti adikku jua. Betapa sebuah perkenalan memungkinkan aku untuk memahami, terlanjut ke situasi bantuan. Di situlah aku merasa dirinya bererti meski dia hanyalah seorang biasa.

Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Jumaat, 28 Jun 2013, jam 6.43 petang.


Ziarah Kekasihku

KepadaMu, ya Allah
aku melakar lukisan kesyukuran
atas sebuah ziarah mahabbah
jaulah menggapai redhaMu
perjalanan sebuah ikatan persaudaraan
yang kusandarkan kasihnya keranaMu.

Betapa Sucinya KasihMu, Tuhan

(Sempena Ulangtahun Kelahiran ke-19)

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT. Kerana izin dan rahmatNya, Allah masih mengizinkan saya untuk terus hidup di atas dunia.

Terima kasih, Allah, atas rahmatMu.

Selawat dan salam dipanjatkan ke hadrat Rasulullah SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya yang mulia.

Alhamdulillah. Hari ini saya syukuri dan insafi tahun kehidupan baru yang Allah ciptakan. Terus terang; terasa diri ini tua setelah berada di tahun baru meski ramai yang masih hidup lebih tua dari saya.

Antara Dua

Saya ketuk pintu sebuah bilik di Aras 3, kolej saya.

“Assalamualaikum!” Ada orang menjawab salam saya. Saya kemudian dipertemukan dengan seseorang.

“Baru ini, aku naik komuter. Bukan kau duduk belah belakang, ek?”

“Eh, bukan aku duduk sebelah kau ke, semalam?” Dia menjawab saya.

“Ya Allah!” Bingkas saya. Izzat rupanya. Saya ingat Izzuddin. Tak lama kemudian, barulah Izzat memberitahu, “Izzuddin kat sebelah.”

Owh, begitu ceritanya. Dia berjaya memeranjatkan saya malam itu.

Saya, Sastera dan Mata Pena: Saya Masih Hijau

Rabitah (ikatan) antara saya dan sastera sudah lama. Rabitah itu mula zahir sekitar zaman sekolah rendah. Bonda saya membantu saya, pada zaman itu, membawa saya meminati sastera dengan aktiviti membaca puisi di sekolah rendah. Kata saya dulu, puisi itu datang daripada saya. Hakikatnya, bonda saya yang menulis puisi-puisi tersebut di zaman persekolahan rendah saya, lalu saya persembahkan di majlis-majlis rasmi sekolah rendah saya, Sekolah Kebangsaan (SK) Berungis, Tuaran, Sabah.

SK Berungis juga tidak kurang juga aktifnya dalam membawa saya meminati sastera. Para pendidiknya, waktu itu, banyak menggalakkan saya membaca puisi.

Saya fikir rabitah antara saya dan sastera berhenti di situ. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Inanam (SEMAI) (kini SMKA Tun Ahmadshah), Kota Kinabalu, Sabah, juga banyak mendorong saya mengembangkan kemahiran bersastera. Bukan setakat itu. SMKA Inanam adalah tempat permulaan saya mendekati dunia penulisan. Penulisan, pada hemat saya, bukanlah setakat berm…