Thursday, 11 April 2013

Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
menghilang tanpa jejak
membawa bersama cereka
duka dan ketawa
dan kini ku mencari
kalau masih ada kesan
yang terus tersisa di dada
pantai permainan

Jalanan yang panjang
bersimpang haluan
bagai pentas luahan rasa
tiada bersempadan

Mungkinkah ada esok
untuk ku ukirkan kalimah
menjadi arca pembuktian
pengabdian cinta?

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah, mentari; suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta,
seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga.

HAFIZ HAMIDUN
2007

0 comments:

Post a Comment