Posts

Showing posts from February, 2013

Perbahasan Piala Dekan Asasi UIAM 2013

Al-Adalah
Kumpulan saya, al-Adalah, menarik diri sebelum keputusan Sidang ke-4 Debat Bahasa Arab sempena Perbahasan Piala Dekan Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2013, hari ini, setelah menyedari bahawa kumpulan saya sebenarnya hanya tinggal saya dan sahabat saya, Ahmad Hidayat Kamaruddin. Seorang lagi yang diarah menyertai kami, Mohd. Daqiqi'id Md. Sobki – yang menggantikan ahli asal, Abdul Hakam Khairul Anwor, yang terpaksa menarik diri awal-awal kerana menyertai sukan perahu naga mewakili universiti – menarik diri, khabarnya atas masalah kesihatan. Saya tidak kecewa dan sedih untuk membuat keputusan seperti ini kepada jawatankuasa penganjur.
Yang mengecewakan saya kali ini adalah prestasi saya yang sebenarnya. Saya amat malu untuk mengatakan bahawa saya sebenarnya kalah dalam kesemua tiga sesi perbahasan – sesi keempat, keputusan tidak saya ketahui – sekaligus mengecewakan semua yang menyokong aktiviti saya. Walaupun kumpulan saya mendapat markah tertinggi pe…

Terima Kasih, Kalian

Terima kasih, kalian
di waktu aku mengusung kedukaan
rupanya ku diizinNya menziarah kalian
mencari kemeriahan dan pengertian
bahawa betapa pentingnya
hidup bersama berpayung ukhuwah
keredhaan Tuhan Maha Pencipta.

Semalam di Gombak

Semalam, abang masih hidup. Alhamdulillah.
Cuma, saya tidak dapat bayangkan apabila sampai waktu abang harus pulang ke muara Pencipta.
28 Januari hari itu. Abang ditimpa kemalangan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kata sahabatnya, dia hampir kehilangan seorang sahabat; abang.
Hampir-hampir keluarga abang kehilangan abang; hampir-hampir para guru dan sahabat abang kehilangan abang; hampir-hampir kekasih abang kehilangan abang. Namun begitu, Allah tetap sampaikan abang pulang bermukim di Gombak. Mujur dan syukur abang tidak apa-apa meski abang terasa sakit di belah kiri tubuh badannya.
Andai tidak terizin, barangkali saya harus menziarahinya di hospital; mungkin jauh di kediamannya.
Pun begitu, hanya doalah yang akan kekal dan berkekalan.
Saya harap abang baik-baik sahaja. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan kepada abang. Sama-sama kita mendoakan kesihatannya. Terima kasih, semua.
Semalam, saya menziarahi semula UIAM Gombak. Mahallah Maryam dan Mahallah Zubair. Abang – abang Adib…