Usaha Bakti

Restu Allah dipohonkan
atas bakti yang dibaja
dan usaha yang ditanam
di tanah sana
yang kami harus tinggalkan

Mereka ahsan dari kita
perlu disedari
pun begitu
kami tetap baiki diri
dalam pimpinan
dan dalam kemasyarakatan
maka dakwah dan tarbiyah kami
untuk mereka dan kita.

Suatu saat
kami besar hati
andai kita dan mereka
berjaya di lapangan.

Kejayaan
kepada Allah
dipohonkan.

Dalam perjalanan daripada Ranau ke Kota Kinabalu
(Kampung Gayaratau, Tamparuli, Tuaran, Sabah).
Isnin, 14 Januari 2013, jam 10.58 pagi.

Comments