Adik-Beradik yang Bertuah

Adik-beradik,
Sabah pasti kalian rindui kini
moga sepanjang hayat
bersemadi dalam akal dan jiwa
meski baru berhari-hari menjejaknya
menabur bakti kepada anak bangsanya
menyusur bumi memuji kebesaranNya.

Adik-beradik,
di daratan ku nukilkan jua kerinduan
suatu saat ku terluah
walau julung kali
betapa bertuahnya Allah mengizin
kita berbakti di bumi indah bawah bayu
selamanya kita mensyukuri.

Adik-beradik,
Sabah sentiasa menerima kalian
di waktu lain yang Allah izinkan
semoga kenangan terukir di pergunungan
menjadi ibrah di masa muka
menjadi pengalaman yang Allah kurnia.

Kampung Timbok, Mengkabong, Tuaran, Sabah.
Khamis, 17 Januari 2013, jam 9.14 pagi.

Comments

Post a Comment