Semoga Tahun Nanti

Semoga tahun nanti
aku menjadi yang ahsan
yang terbaik dari tahun sudah.


Tahun sudah kutinggalkan
seribu kenangan dan pengajaran
untukku tuliskan dalam suhuf sejarah
untukku baca dan ku teladani
agar menjadi teladan
agar menjadi ibrah
kehidupan tahun nanti.

Tahun seterusnya aku harungi sempadannya
di atas jalanan yang berlorong sehala
dengan rahmatMu, ya Rabbul Izzati
bantuanMu kami pohonkan
di sepanjang jalan atas duniaMu
hingga sampai kami mengadapMu
di Padang MahsyarMu.

Semoga baik-baik sahaja selalu.

Kolej Abu Bakar, UIAM, Petaling Jaya, Selangor.
Ahad, 30 Disember 2012, jam 3.42 petang.

Comments