Satu Nostalgia

[Sempena ulangtahun Hami Hamizul dan Hami Hamizil yang ke-17 pada 6 Disember]

Hami Hamizul dan Hami Hamizil

Hami Hamizul dan Hami Hamizil. Hari lahir mereka akan tiba tak lama lagi. 6 Disember nanti, mereka sudah 17 tahun.
Hami Hamizul dan Hami Hamizil
(Gambar: Sdri. Inayat Zakiyatuddinshah Saimi)

Saya kenal mereka sejak Julai 2009. Waktu tu, mereka baru berada di Tingkatan 2. Sama tinggi dengan saya jikalau dikenang kembali.

Tahun sudah, Hamizul sendiri berkata kepada saya, "Dulu kita sama tinggi, kan?" Saya membenarkannya.

Saya masih ingat. Pertama kali bertemu di asrama TUNAZ, waktu mula-mula saya dan ahli-ahli rombongan Kumpulan Ashabul Imtiyaz SMKA Inanam (SEMAI) (sekarang SMKA Tun Ahmadshah, TUNAS) tiba di situ. Hamizul adalah salah seorang yang menyambut kami.

Saya rasa dia tahu yang saya menulis sejurus selepas ketibaan kami di TUNAZ untuk program 4 hari bersama TUNAZ. Yang masih saya ingat adalah pada waktu saya membaca majalah sekolah itu (saya kurang ingat namanya). Di waktu saya membuka muka surat yang memaparkan aktiviti TUNAZ pada 2008, dia kata, "Itu kembar saya."

Itulah masa dulu. Saya tak dapat nak cerita secara terhurai sebab tidak semua waktu itu saya ingati. Yang saya ingat adalah, saya bertemunya dan kembarnya, Hamizil, pada Julai 2009; kemudiannya, bertemu semula dengan Hamizul (seorang) pada Jun tahun lepas di Nilai, Negeri Sembilan, dalam keadaan seolah-olah dikejar dari tepi; dan selepas itu pada Oktober tahun sudah di sekolah saya, SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK), dalam keadaan dikejutkan. Terakhir kali bertemunya di Kuala Selangor, Selangor, pada Julai baru ini, juga dalam keadaan seolah-olah dikejutkan.

Tentang hari lahir. Saya tahu bahawa hari lahir mereka pada 6 Disember. Saya senior mereka setahun setengah. Waktu mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, saya berumur 18 tahun dan mereka berumur 16 tahun! [Haha.] Tahun ke-17 mereka hanya jatuh pada lusa.

Cuma saya perasan bahawa hari itu hari lahir mereka melalui Facebook milik Hami Hamizil satu masa dulu. (Sekarang, Facebook itu sudah ditutup.) Sebab itu sampai sekarang saya mengingatinya tanpa perlu mereka tahu (rasanya) bahawa saya lahir pada 13 Jun.

Kedua-dua mereka dekat di hati saya meski jauh di mata saya. Terkadang, ada sahaja hasrat saya untuk menziarahi mereka di Kuching tetapi kudrat itu tiada. Saya pohon izin Allah agar saya dapat menziarahi semula Kuching, Sarawak, pada waktu mendatang yang terdekat.

Saya teringat seorang Hamizul sebab saya lebih rapat dengannya antara mereka berdua. Hamizil sudah saya tidak ketemu sudah tiga tahun. Semoga Allah mempertemukan saya dengan mereka (kedua-duanya) pada waktu mendatang yang terdekat.

Mereka berdua besok (khabarnya) akan tamat persekolahan di SMKA TUNAZ. Begitu juga sahabat-sahabatnya. Maka secara rasminya, saya boleh katakan bahawa merekalah (pelajar SPM 2012) kumpulan terakhir yang saya kenali di SMKA TUNAZ. Cukuplah saya mengenali tiga kumpulan pelajar di SMKA TUNAZ - kumpulan senior (SPM 2010), kumpulan sebaya (SPM 2011) (kumpulan utama) dan kumpulan junior (SPM 2012).

Saya yakin mereka berdua dan sahabat-sahabatnya yang lain yang memimpin sekolahnya akan dihargai setelah ketiadaan mereka nanti. Saya nampak Pengetua mereka pun sudah menampakkan rasa kehilangan mereka.

Saya sendiri pun sudah kehilangan mereka. Jauh di mata, dekat di jiwa; sebab merekalah saya kenali waktu mereka menziarahi SMKAKK tahun lepas. Saya kenal mereka semua dalam tempoh sehari.

Hamizul antara pelajar yang banyak berjasa kepada sekolah terutamanya dalam kokurikulum dan kepimpinan. Dalam tempoh 2 tahun lebih (2010-2012), dia adalah Ketua Asrama TUNAZ. Sepatutnya Hamizul diangkat memimpin seluruh TUNAZ namun Asrama TUNAZ masih mahukan kepimpinannya.

Dalam bidang kokurikulum, Hamizul menyertai Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Peringkat Kebangsaan 2 tahun berturut-turut (pada Julai 2011 di Alor Setar, Kedah; dan pada Julai 2012 di Kuala Selangor, Selangor.) Beliau juga pernah menyertai Debat Bahasa Arab Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2011 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Setakat yang saya tahu tentang Hamizul, itu sahajalah. Saya kurang tahu tentang adiknya, Hamizil. Yang saya tahu, Hamizil itu ahli pemimpin pelajar TUNAZ tahun lepas.

Sebenarnya, penulisan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka berdua kerana menerima saya sebagai kawan mereka. Cukup.

Terutamanya kepada Hamizul. Hamizul yang banyak mendengar daripada saya dan kemudiannya 'mewujudkan' seorang saya di TUNAZ seolah-olah saya ada di situ.

Saya terima mereka berdua seadanya. Terima kasih, kalian.

TUNAZ dan Seisinya

Waktu saya teringat mereka, saya teringat TUNAZ.

Waktu saya teringat bondanya, bonda kami di SEMAI dulu, Ustazah Affida Helmi, dan seisinya yang berjasa kepada saya, yang masih ada mahupun yang telah pun meninggalkan TUNAZ - Ustaz Zamri, Ustaz Zulkifly, Ustazah Habibah, Cikgu Rohida, Cikgu Maznah, guru-guru lain, sahabat-sahabat Muhammad Firman, Awang Mohd. Ashraffarhan, Abang Afiq Syahmi, 'adinda' Izzul Izzat, ramai lagi; junior-junior Muhammad Syukran, Asrul Romdani, Ahmad Shahid, ramai lagi.

Maafkan saya. Saya tidak dapat sebut semua nama mereka. Sempena 6 Disember, saya raikan sekali jalinan saya dengan SMKA TUNAZ dan seisinya. Pada 10 Julai, saya turut meraikannya dan memperingatinya.

Semoga ukhuwwah sesama kita berkekalan, dan semoga Allah restui kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Perpustakaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Selasa, 4 Disember 2012, jam 4.37 petang. 

Comments