Baik-baik Kau, Sahabat

Baik-baik kau, sahabat
aku tak mampu beri apa-apa
melainkan kasih sayangku
yang kusandarkan ke hadrat Yang Maha Pencipta
ini sahajalah hadiah yang ku ada.

Kerna aku bukanlah penyimpan harta
di waktu Tuhan Maha Kaya
di waktu aku punya hibah
itu sahaja persembahanku untukmu
semoga kau terima manfaatnya.

Semoga kau kekal sahabatku
meski untukmu tiada tugu pengabadian
cukuplah tugu itu di hati
menjadi memori dan teladan
di masa hadapan.

Maafkan aku
kerna aku bukanlah yang terbaik
meski akulah sahabatmu
pun begitu
ku gembira punya kamu

Sahabat,
demi Allah
sejujurnya aku sayang kamu.

Dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Khamis, 8 November 2012, jam 3.36 petang.

Comments