Bahagia Denganmu, Sahabat

Terngiang-ngiang di telinga saya tentang bahagia.

Dia yang berkata bahawa saya bahagia untuk bersahabat dengannya. Saya tak kata begitu. Itu lisannya yang berkata sedemikian. Lepas itu, dengan selambanya dia menyuarakan kebimbangan atas apa-apa yang baru dia katakan waktu itu. Kami tertawa.

Pun begitu, sebagai sahabat, saya memang bahagia untuk bersahabat bersamanya. Dengan kebaikan yang dia ada, dengan kepandaiannya, saya pilih beliau sebagai sahabat yang seterusnya selepas sahabat-sahabat yang lain.

Saya beruntung kerana mempunyai sahabat sepertinya. Di waktu saya kehilangan bos saya, Muhammad Najib, dialah yang saya dampingi. Akibat saya mendampingi Muhammad Najib, saya dampingi sekali dirinya yang dulu saya tidak kenal di waktu dia kenal saya.

Saya terharu untuk menerima dirinya sebenarnya sebagai sahabat baru. Sahabat yang sangat baru; juga sangat baik.

Baru-baru ini, keputusan akademiknya sangat cemerlang. Dia lebih baik daripada saya.

Rupa-rupanya, sejarah membuktikan bahawa dia dahulu pun cemerlang nian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Saya dengannya amat berbeza tapi saya tidak segan untuk bersahabat dengannya. Kelantan pernah meraikannya atas kecemerlangan beliau dalam SPM 2011.

Dia dahulu menuntut di Maahad Muhammadi, sekolah agama yang cemerlang di Kelantan. Pensyarah-pensyarah asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ada yang pernah menuntut di situ. Pengetua Kolej Abu Bakar, UIAM Petaling Jaya, Ustaz Hasanul Basri Abdullah; dan pensyarah Asasi Bahasa Arab UIAM, Ustaz Che Abdul Majid Che Omar, adalah antara yang pernah menuntut di Maahad Muhammadi satu masa dulu.

Waktu dia berkata bahawa dia bersekolah di Maahad Muhammadi, baru saya tahu bahawa beliau adalah sahabat kepada salah seorang wakil Kolej Abu Bakar UIAM Petaling Jaya, Muhammad Ameruddin Zulkifli.

Ada satu soalan. Mengapa dia kenal saya dahulu sedang saya tidak mengenalinya? Jawabnya, "Aku sangat menghargai kawan-kawan aku."

Saya rasa semangat persaudaraan yang dia ada mungkin menjadi sebab yang membantu ke arah kejayaan beliau.

Beliau menerima saya sebagai sahabat sebelum Peperiksaan Akhir Semester 1, 2012/2013 berlangsung.

Tiada benda yang dapat saya beri kepadanya, saya rasa, meski beliau pernah menerima sesuatu daripada saya, mungkin.

Dia pernah minta saya ajar Pengajian al-Quran (BTQ) tapi saya tak tahu apa-apa yang ingin saya ajarkan kepadanya. Jikalau saya mahu ajarnya Bahasa Arab, beliau sudah pandai dan tidak mempelajarinya lagi. Ayahnya guru Bahasa Arab di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan.

Tiada benda saya dapat bagi. Cukuplah dengan persahabatan yang ada. Itu sahaja yang saya dapat sumbangkan.

Saya terhutang budi dengan sahabat baru, Afif Akram Jusoh, pelajar Asasi Perubatan, UIAM.

Terima kasih, Afif Akram.

Comments