Waktu Bersama

Di waktu bersendiri
tak kira benderangnya sang mentari
tak kira gelitanya langit malam
terkenang aku waktu bersama
waktu yang memungkinkan seribu kegembiraan
datang daripada izinNya Tuhan.

Di waktu bersama
kita meluahkan kasih sayang
ajaran Allah dan Rasul Junjungan
terlahir triti persaudaraan
tercipta tali persahabatan
juga dengan rahmatNya Tuhan
yang punya amat suci kasihNya.

Resam kehidupan
setiap pertemuan punya perpisahan
waktu bersama pasti menjadi kerinduan
kerana waktu bersama itulah namanya kenangan
yang terakam di akal budi dan hati nurani
bersama doa dan harapan di persandaran
semoga pertemuan itu dikurnia rahmat
semoga perpisahan itu dikurnia rahmat
semoga Allah menyembur haruman kerestuan
restu dariNya.

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Rabu, 24 Oktober 2012, jam 4.00 petang.

Comments