Memahamimu

Pertama kali pertemuan
kau dan aku amat berbeda
faraqnya laksana langit dan bumi
di kelopak mataku
bukan mudah untukku mengertimu
meski kau sedia dan menerimaku
kau mensahabatiku.

Dengan tapak tangan yang terbuka
aku menerimamu bersama rasa berlapang dada
agar semakin hari bertemumu
semakin hari aku memahamimu
lalu kaulah aku fahami
dengan kefahaman
terbungalah persaudaraan.

Suatu hari kau berhajat untuk berbudi
seadanya aku menerima
tanpa banyak soal dan bahas
pun begitu
di kala kau berbudi
denganmu aku terhutang budi
aku fakir untuk membalasnya
hanya doa menjadi harapan
semoga Allah menghadiahkanmu
sejambak bunga keberkatan.

Terima kasih, sahabat
kerana memahamkanku akan dirimu
hingga aku mampu memahamimu
setelah mengenalimu
dan akhirnya kau memberiku tender
untuk kau berjasa.

Allah,
restuMu kami harapkan
rahmatMu kami pohonkan.

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Rabu, 24 Oktober 2012, jam 4.13 petang.

Comments