Posts

Showing posts from October, 2012

Suatu Saat Saya Kembali

Sepatutnya semalam (30 Oktober) saya keluar bersama sahabat-sahabat saya di SMKAKK - Shafiq, Khalid, Izharuddin - menziarahi sekolah. Tetapi, saya sahaja ini yang menziarahi SMKAKK. Kebetulan bersama saya di SMKAKK semalam adalah rakan puteri, Amni Syauqina.

Semalam juga, penantian menjadi kenyataan. Ada yang bertanya kepada saya tentang ziarah saya ke SEMAI (SMKA TUNAS). Saya kata tunggu. Itu sahaja. Ziarahnya sudah pada semalam petang. Saya bersolat Asar di sana.

Suatu saat saya akan kembali.

Waktu Bersama

Di waktu bersendiri
tak kira benderangnya sang mentari
tak kira gelitanya langit malam
terkenang aku waktu bersama
waktu yang memungkinkan seribu kegembiraan
datang daripada izinNya Tuhan.

Memahamimu

Pertama kali pertemuan
kau dan aku amat berbeda
faraqnya laksana langit dan bumi
di kelopak mataku
bukan mudah untukku mengertimu
meski kau sedia dan menerimaku
kau mensahabatiku.

Selawat dan Salam (الصلاة والسلام)

صلاة الله سلام الله على طه رسول الله صلاة الله سلام الله على يس حبيب الله
Selawat dan salam daripada Allah adalah ke atas Taha, Rasulullah Selawat dan salam daripada Allah adalah ke atas Yasin, kekasih Allah.

Namanya Cinta

(i)

Pertama kali ku bertemu dirimu
jiwaku mula terbang melayang.

(ii)

Tak mudah untuk melupakan dirimu
inilah namanya cinta.

Akhirnya Itulah Dirinya

Image
Pertama kali berkenalan dan bertemu di Sepang. Terus terang. Saya sangat menyampah apabila dia berkata-kata dengan saya dalam Bahasa Indonesia.

Sebenarnya dia mahu bertutur loghat Sabah dengan saya. Mahu mengajuk saya, katakan. Tapi tak mengapalah.

Meski kisah itu terakam dalam pita perakam yang abadi dalam hati, semua itu saya tolak tepi.

Petang 1 September seakan-akan suatu hari yang indah buat saya.

Petang itu saya menyampaikan taklimat di Kolej Halimatus Saadiah di Gombak. Brother Rahman minta saya berikan taklimat kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Program Baktisiswa Tempatan Pusat Asasi UIAM tentang Ranau, Sabah.

Sejurus selepas taklimat tersebut, saya adalah seperti ‘anak’ kepada ‘bapa’. Dialah yang saya mahu kata walau hanya dengan secebis bahasa.