Kawan Baruku Berupa Ilmuwan

Saya pernah suarakan harapan untuk menjadi pendebat bahasa Arab yang cemerlang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM). Rupanya, UIAM melalui Pusat Asasi (CFS) meraikan harapan ini. Harapan ini diraikan sendiri Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar) CFS IIUM, En. Izdihar Ishak, dalam ucapannya ketika menutup Program Pengurusan dan Kepimpinan Inovatif (ILMP) Sesi ke-4, kelmarin.

Saya menyambutnya dengan sepenuh kejutan kerana saya tidak menjangka bahawa harapan saya akan diraikan oleh sekurang-kurangnya sekitar 500 orang termasuk saya sendiri yang menyertai ILMP Sesi ke-4 yang berlangsung selama 2 hari mulai 28 Julai. Saya sahutnya sebaik mungkin dengan doa, sokongan dan dorongan daripada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, para pendidik dan para sahabat sekalian.

Pun begitu, ada satu peristiwa yang membuatkan saya teruja kali ini. Saya masih teringat bahawa saya pernah membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 bertajuk SMKA Al-Irshad juara Debat Bahasa Arab. Berita itu turut menyiarkan reaksi SMA Persekutuan Labu setelah mendapat naib johan dalam Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah SeMalaysia 4/2011. Reaksi itu saya rangkumkan dalam makalah ilmiah yang saya tulis tahun sudah sebagai laporan kelab saya. (Yang membaca makalah saya boleh membacanya di halaman 5.)

Yang memberikan reaksi tersebut ada di CFS IIUM, menuntut dalam bidang perubatan. Baru menjadi kawan 2 hari lepas (28 Julai) walaupun saya sudah lama mengetahuinya dan mengenalinya.

Muhammad Harith Zulkifli
Beliau pelajar cemerlang ketika persekolahan menengahnya di SMAP Labu, Nilai, Negeri Sembilan. Khabarnya, beliau adalah antara yang bertuah kerana menerima Bursary daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penerima Bursary adalah pelajar-pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mendapat 9A+ dan ke atas.

Muhammad Harith Zulkifli. Beliaulah yang baru-baru ini meniti fikiran saya. Saya pada mulanya segan untuk menemuinya. Namun, melalui penglibatan bersama dalam ILMP Sesi ke-4 baru-baru ini, perasaan segan yang ada akhirnya hilang menerusi sesi suaikenal. Mulanya, saya mengetahui tentangnya setelah saya sampai di CFS IIUM melalui sahabatnya, Muhammad Farhan Hanafi. Akhirnya, Allah mengizinkan jua diri ini berkenalan sendiri dengannya. Secara tidak langsung, saya juga telah berkenalan dengan kawan-kawan baru yang lain. Sebelum ini, saya telah berkenalan dengan Muhammad Farhan Hanafi.

Muhammad Farhan Hanafi
(Foto: Muhammad Farhan Hanafi)
Saya tabik mereka kerana mereka berdua adalah pelajar yang menerima Bursary KPM. Mereka dalam SPM 2011 mendapat semua A+ dalam semua matapelajaran. Kini, mereka berdua sedang menuntut di tempat yang sama dengan saya masing-masing mengambil jurusan perubatan. Kedua-dua mereka adalah pendebat bahasa Arab di SMAP Labu suatu ketika dahulu. Cemerlang mereka berdua semasa berada di SMAP Labu dulu. Minat dan perjuangan sebegitu mereka sambungnya di CFS IIUM dengan menyertai Kelab Debat Bahasa Arab (ADC).

Saya satu kelab dengan mereka, cuma Harith tidak menyertai Jawatankuasa ADC. Saya dan Farhan Hanafi adalah Ahli Jawatankuasa Pertandingan dalam ADC. Kami bertanggungjawab menyusun tempat sebelum latihan debat atau sidang debat berlangsung di Bangunan LY. Biasanya kami akan menyusun antara bilik LY006 atau bilik LY010. Kami biasanya bekerja atas arahan Pengerusi ADC, saudara Muhammad Haffizudin Zakaria.

Semoga dengan panjangnya hubungan silaturrahim, panjanglah usia saya dan murahlah rezeki saya; kerana Anas bin Malik RA pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilewatkan ajal dan umurnya, maka hendaklah dia sambungkan silaturrahimnya." Saiyidatina Aisyah RA juga pernah meriwayatkan bahawa baginda bersabda, "Silaturrahim, berjiran dengan baik serta berakhlak baik, semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur." Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sebelum ini, dari SMAP Labu, saya hanya kenal Muhammad Marzuki Muhammad Izzuddin, sedaerah dengan saya, satu sekolah rendah agama (SUIS) dengan saya.

Saya waktu ini teruja untuk bersahabat dengan mereka sebab perjuangan kita sama walaupun belajar dalam jurusan yang berbeza. Sekurang-kurangnya, mereka yang lebih baik dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan saya mengenai perjuangan tersebut. Adat persaudaraan adalah saling memberi dan menerima.

Comments