Aku Hanya Ingin Mensahabatimu

Aku hanya ingin mengenalimu
di waktu aku tahu
masa lalumu kaulah yang ahsan
menjadi tauladan dalam perjuangan
menjadi keperluan di tiap lapangan
sebab ilmu aku menyertaimu
berserta sikap baikmu, aku turutimu.

Aku hanya ingin mensahabatimu
di waktu muda dewasa ini
meski ramailah padaku teman
izinkan aku memanjangkan tali pertemanan
menyebarkan jiwa persaudaraan
barang Allah menabur emas-emas kerahmatan
mengurnia pingat kepanjangan usia
menganugerah darjah kemurahan rezeki.

Saudaraku dan sahabatku
adalah insan yang baik pekertinya
ramah kemesraannya
bijaksana keilmuannya
tinggi imannya, banyak amalnya
kaulah yang tersebut menjadi tauladan
bagi setiap yang inginkan Mardhatillah
redha Tuhan.

Kolej Fatimah az-Zahra, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Ahad, 13 Ogos 2012, jam 11.00 malam.

Comments