Sunday, 5 August 2012

Aku Hairan (عجبت)

أنلهوا وأيامنا تــذهب
ونلعب والموت لا يلعب
عجبت لذى لعب قد لها
عجبت وما هي لا اعجب

Patutkah kalian lalai sedang hari kian berlalu
di kala kau masih bermain sedang maut itu bukan mainan
aku hairan akan mereka yang masih leka
aku hairan biarpun tiada benda patut ku hairan.

أيلهوا ويلعب من نفسـه
تموت ومنزله يــخرب
نرى كلما ساءنا دائـما
على كل ما سـرنا يغلب

Haruskan dia terus leka dan bermain
di waktu dia tetap akan mati; terataknya tetap akan runtuh
kita lihat perilaku kita akhirnya
kita selalu tewas kepada setiap keseronokan

نرى الليل يطلبنا والنـهار
ولم نذر ايهما أظلم
وكـل له مـدة تقـضي
وكـل لـه أثـر يكـتب

Kita lihat, siang malam selalu menyibukkan kita
hatta antara dua pilihan, aku buntu.
setiap waktu ada terselit keperluan
setiap waktu ada termaktub akibat.

1 comment:

  1. blog yg bermanfaat ~ teruskan menulis ye..
    btw,,camne sye na follow blog ni ye?? law ade mse ziarah la blog sye jugak
    http://hurinnadhirah.blogspot.com

    ReplyDelete