Posts

Showing posts from August, 2012

Maafkan Kedukaan Ini

Image
Syukur dan Penghargaan sempena Aidilfitri

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana limpah dan kurniaNya, saya dapatlah pulang ke Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah, pada 18 hingga 25 Ogos baru-baru ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Saya berjaya menziarahi semua rumah sanak saudara di Kampung Lokub, Menggatal; dan Kampung Kuala Menggatal, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu. Di samping itu, saya juga berjaya menziarahi beberapa buah rumah sahabat handai sepanjang kepulangan saya ke KK dan Tuaran.

Terkenang Aku

Terkenang aku akan kalian
sesudah aku bertemu kalian
sesudah bertahun lamanya
aku tidak pernah menyangka
aku bertemu kalian semula
sesudah bertahun kalian menjadi kelupaan
di awan sana namamu berterbangan
kau di awan hujungnya mendarat di daratan
menjadi kegembiraan sang sahabat.

Tiada Aku Pernah Menduga

Terima kasih, Qusyairie, kerana mengalu-alukan ziarah saya ke rumahnya di Taman Sinar Jaya 2, Tuaran, petang tadi.

Qusyairie memang sudah lama saya kenali sejak kami bersama di sekolah rendah agama. Teringat saya Sekolah Agama Negeri (dulunya Sekolah Ugama Islam Sabah) Pekan Tuaran. Sekolah itulah tempat saya menyemai minat terhadap bahasa Arab, bahasa al-Quran. Tempat saya dididik dengan keagamaan.

Teringat jua saya bahawa saya adalah "abang" sekitar tahun 2000 hingga 2002. Padahal saya muda daripada sebahagian daripada mereka.

Waktu itu. Sekitar jam 3 petang. Ada 4 orang mendatangi pula rumah Qusyairie. Yang saya tahu itulah kawan-kawan Qusyairie.

Perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 1433

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول امين وعلى اله وصحبه اجمعين
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, yang memungkinkan kita melalui bulan Ramadhan dengan penuh pengharapan dan bulan Syawal yang menjelang dengan penuh kesyukuran. Selawat dan salam kita panjatkan ke hadrat Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabatnya yang amat mulia.

Salam Akhir Ramadhan 1433 Hijrah dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang kepada keluarga, sanak saudara, para pendidik, para sahabat dan semua yang mengenali dan bersaudara dengan diri ini.

Aku Hanya Ingin Mensahabatimu

Aku hanya ingin mengenalimu
di waktu aku tahu
masa lalumu kaulah yang ahsan
menjadi tauladan dalam perjuangan
menjadi keperluan di tiap lapangan
sebab ilmu aku menyertaimu
berserta sikap baikmu, aku turutimu.

Apabila Cinta Bercerita

Image
Alhamdulillah. Saya baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester 1, 2012/2013. Satu subjek sahaja saya duduki - Tema Asas al-Quran (BTQ) - kelmarin (11 Ogos). Cuma, maafkan saya jika ada yang terkejut dengan penulisan saya kali ini yang berkisar mengenai cinta. Saya khususkan cerita ini kepada cinta antara dua jantina, fitrah asal insan.



Sengaja saya letakkan klip video bertajuk Kasih Kekasih, nasyid nyanyian kumpulan In Team. In Team berasal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebab itulah klip video lagu ini dirakam di UIAM Kampus Gombak, Selangor, tempat yang menggalakkan pelajarnya berkahwin. Di kala pelajar UIAM mendengar dasar ini, pasti ramai yang mahu kahwin awal.

Baru-baru ini saya mengunjungi sahabat saya di Shah Alam. Terima kasih, sahabat, kerana meraikan ziarah saya di Shah Alam, Sabtu lepas (11 Ogos). Sebagai sahabat, saya bertanggungjawab untuk menziarahi sahabat yang lain mengikut kemampuan saya. Pepatah Arab mengatakan, "Sekali s…

Sahabatku Saudaraku

Sahabatku Saudaraku

Kelmarin (4 Ogos), Allah berikan kesempatan kepada saya untuk menziarahi semula Izzul Izzat Thalasa di Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan. Kebetulan saya memang mahu pulang ke rumah sanak saudara di Sikamat, Seremban; jadi sebelum pulang ke Sikamat, saya singgah dahulu ke KMS dekat Rahang untuk menziarahinya. Asal saya pulang ke Seremban, jika saya mampu dan berkesempatan, saya seakan bertanggungjawab untuk menziarahinya biarpun beliau belum pernah dan sempat menziarahi saya dan sahabat-sahabatnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Petaling Jaya, Selangor.

Aku Hairan (عجبت)

أنلهوا وأيامنا تــذهب ونلعب والموت لا يلعب عجبت لذى لعب قد لها عجبت وما هي لا اعجب
Patutkah kalian lalai sedang hari kian berlalu di kala kau masih bermain sedang maut itu bukan mainan aku hairan akan mereka yang masih leka aku hairan biarpun tiada benda patut ku hairan.

Kawan Baruku Berupa Ilmuwan

Image
Saya pernah suarakan harapan untuk menjadi pendebat bahasa Arab yang cemerlang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM). Rupanya, UIAM melalui Pusat Asasi (CFS) meraikan harapan ini. Harapan ini diraikan sendiri Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar) CFS IIUM, En. Izdihar Ishak, dalam ucapannya ketika menutup Program Pengurusan dan Kepimpinan Inovatif (ILMP) Sesi ke-4, kelmarin.

Saya menyambutnya dengan sepenuh kejutan kerana saya tidak menjangka bahawa harapan saya akan diraikan oleh sekurang-kurangnya sekitar 500 orang termasuk saya sendiri yang menyertai ILMP Sesi ke-4 yang berlangsung selama 2 hari mulai 28 Julai. Saya sahutnya sebaik mungkin dengan doa, sokongan dan dorongan daripada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, para pendidik dan para sahabat sekalian.

Pun begitu, ada satu peristiwa yang membuatkan saya teruja kali ini. Saya masih teringat bahawa saya pernah membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 bertajuk SMKA Al-Irshad juara Debat Bahasa Arab. Berit…