Sebagai Pemimpin Pelajar Asasi UIAM

Sebagai pemimpin pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM), kami beruntung kerana dipilih menjadi pemimpin pelajar. Namun begitu, tugas pemimpin pelajar amat berat. Walau bagaimanapun, kami bertanggungjawab untuk menyayangi setiap yang berada di bawah kami. Kami perlu selesaikan masalah kami, masalah kalian, masalah kita bersama. Pun begitu, kami mengakui, di tengah-tengah kami ini mempunyai kelebihan yang signifikan, kami juga mempunyai kelemahan yang tidak dapat kami elakkan. Rentetan itu, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan juga pemimpin, sokongan dan dorongan amatlah kami perlukan.

Saya kecewa mendengar suara-suara yang keldai, mengata benda-benda merapu dan merepek terhadap kepimpinan pelajar CFS IIUM. Apakah mereka ini anti-establishment, membelakangkan budaya dan prinsip politik, ekonomi dan sosial sesuatu kawasan yang sedia ada dan sudah lama diamalkan? Apakah mereka ini anarki, suka membelakangkan pemimpin dan undang-undang? Kalau begitu, kamilah salah. Mereka sahaja yang betul. Merekalah menjadi pemimpin sebab kami yang memimpin kini salah. Tiada satu benda pun yang sahih. Jangan hiduplah penganut anarki dan anti penubuhan di semua tempat di seluruh dunia.

Kami di kepimpinan pelajar di sebelah sini memohon. Bantu kami dalam memimpin kalian. Cukuplah kami dibantu dengan bantuan, sokongan dan dorongan. Benar kami berkelebihan. Namun, kami tetap ada kelemahan. Kelebihanlah yang meningkatkan motivasi kami dalam membantu pengurusan pelajar dan kelemahanlah yang mematangkan kami dalam kehidupan yang memerlukan penyelesaian amanah kepimpinan. Jangan nanti sepuluh tangan kami terjeda dan terhenti hanya kerana ingin menutup satu mulut yang mengata sepuluh tangan dengan berkata begitu begini yang sudah terang lagi bersuluh, yang namanya fitnah. Bayangkan kalian diamanahkan pemimpin. Kelak kalian diperlakukan sama oleh orang lain jika kalian yang dipimpin memperlakukan pemimpin kalian dengan perlakuan yang tidak melancarkan urusan kepimpinan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa CFS IIUM mengandungi banyak masalah. Memang menjadi resam kehidupan warga CFS IIUM bahawa warga CFS IIUM selalu menghadapi masalah yang memerlukan perhatian orang lain. Pergilah ke seluruh pelusuk dunia. Jika ada masalah, pasti pemimpin yang dicari. Oleh sebab itulah, CFS IIUM mengandungi Majlis Perwakilan Pelajar Asasi (FSCC), Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (MRC), Jawatankuasa Perwakilan Fasilitator (FRC), Pembimbing Rakan Sebaya (Peers), persatuan akademik, persatuan sukan dan persatuan orator bahasa. Organisasi demi organisasi ini ditubuhkan, salah satu tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan ahli bawahan dan untuk mendengar masalah orang bawahan untuk diajukan ke pihak atasan.

Saya harap semua warga CFS IIUM memanfaatkan organisasi-organisasi yang ada ini. Baru-baru ini, FSCC CFS IIUM mengadakan mesyuarat dengan semua pengerusi organisasi. Salah satu tujuannya adalah untuk mendengar masalah yang wujud di CFS IIUM. Pengerusi organisasi adalah konstituen utama bagi konstituensinya (persatuan) dan mesyuarat tersebut merupakan parlimen pelajar CFS IIUM. Kita hanya sibuk mengata itu ini tetapi tidak membawanya ke pengetahuan orang atasan. Tiadalah penyelesaian bagi masalah yang hanya bermain di bibir dan minda sebab tiadanya usaha dengan tangan dan kekuatan agar masalah tersebut diselesaikan.

Comments