Antara Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum

Akademik, sahsiah dan kokurikulum adalah 3 aspek esensi dalam kehidupan di institusi pendidikan tidak kiralah di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di universiti.

Saya baru-baru ini baru diamanahkan memikul peranan besar di Pusat Asasi (CFS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM). Naib Setiausaha, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (MRC) Abu Bakar. Besar tugasnya.

Cuma, pesan emak dan cikgu, seimbangkan ketiga-tiganya. Pada saya, saya akan mengutamakan akademik dahulu barulah sahsiah dan kokurikulum. Kerja di kolej kediaman saya sifatkan sebagai aktiviti kokurikulum. Cuma mungkin ada yang kelihatan saya memberatkan diri sedikit ke arah kokurikulum sebab saya hanya mempelajari 1 subjek secara penilaian pelbagai cara (multi assessment). 2 subjek yang lain adalah subjek bahasa.

Cabaran di CFS IIUM amat besar. Pandai-pandailah menempuhinya. Namun begitu, saya amat senang hati kerana sahabat saya bertambah bilangannya hanya di CFS IIUM. Di CFS IIUM jugalah saya boleh mengembangkan bakat.

Saya di sini hanya mahu menjadi yang terbaik bagi diri sendiri. Cukup. Saya sasarkan gred purata sekitar 3.00 hingga 3.50 untuk masuk ke UIAM Kampus Gombak.


Comments