Tanah Airku

Sabah
tanah airku
tempat aku membesar
di negeri itulah.

Keluarga aku di situlah
walaupun aku dan kekanda merantau
ayahbondaku tetap di sana
berumah baru dekat Bulatan Kuda.

Aku berguru, menuntut ilmu
di situlah
madrasahku tidaklah secemerlang
madrasah lain

Tetapi aku gembira kerna di situ
menuntut hikmah dan mencipta jaya
berguru bersama pendidik
berukhuwwah bersama sahabat.

Negeri Sembilan
tanah bondaku
aku punya usrahku jua di sini
negeri ini mendamaikan.

Setiap yang berkunjung
pasti menginsafi kreativitiNya
tanah pamah hijau
dan pepohon rimba yang jua hijau.

Di mana pun aku
aku cinta tanah air dan seisi Malaysia
tempat berkeluarga
bumi bersaudara
tanah berguru
kompleks persahabatan.

Terima kasih, Allah
atas kasih sayangMu
kepadaku, famili, saudara
pendidik, sahabat
tanah air dan daulah ini
yang ku cinta.

Tanpa diriMu
aku tiada di sini
atau wujudku seakan tiada
atau wujudku tak bererti
denganMu
hidup aku, kami, indah.

Kg. Acheh, Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jumaat, 1 Jun 2012, jam 12.06 tengahari.

Comments