Siapa Pun Kau, Kau Sahabatku

Kau yang baik akhlak
kuat iman, tinggi taqwa
adalah sahabatku yang dikasihi
walau siapa pun dikau
pada mataku lagikan ainmu sendiri.

Biarlah sahabatku seorang yang miskin
tetapi kaya iman dan akhlaknya
mudah menerima dan diterima, juga diqaribi
semoga aku memahami diri
bahawa syukur itu mesti.

Andai yang kaya itu sahabatku
semoga kekikiran wujudnya tiada
insan baik bermanfaat pada yang lain
sambil kayalah budi dan imannya
maka sama-sama berada.

Meski seorangmu sukar ku mengerti
aku sedaya cuba mengerti
untuk muhasabah dan syukurkan diri
kerna kau adalah cermin pantulanku
maka baikmu, aku pun mahu baik jua.

Mari, kawan, sahabat,
aku saudara kalian
atas namaNya.

420, Kolej Abu Bakar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Sabtu, 7 Jun 2012, jam 6.30 petang.

Comments