Sepi Sebuah Desa

Desa yang mendamaikan
terus diziarahi
kerna kota raya
tidaklah sedamai desa sini.

Meski kota lebih maju
dari desa, namun
desa tetap tertitip harapan
bahawa desa akan berdiri
sama gagah dengan kota.

Kerana kita adalah satu
umat negara
maka nanti
yang beda akan muwafiq hujungnya
kita mahu sama-sama maju
bermanfaat dan bererti.

Kampung Acheh, Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jumaat, 1 Jun 2012, jam 1.50 pagi.

Comments