Saturday, 23 June 2012

Keretapi itu Sudah Gerak Mula

Berminggu ku menunggu di stesen
akhirnya sebuah tren keretapi
memulakan perjalanannya
waktunya berbulan lamanya
jauhnya beribu batu
hanya Tuhan yang tahu



Si fasi hanya menasihati
carakerja sepanjang rel perjalanan
maka yang menyertai
itulah jua yang memandu
automasi tiada
bukan tidak boleh.

Tapi kalau tren diautomasi
maksudnya kitalah
kerbau yang dicucuk hidung
sedang stereng penggerak tren
besar wujud depan kelopak mata
tren kita, stereng kita, jalan kita.

Semoga baik saja perjalanan berbulan ini
sama ada aku berfasi
juga aku berkompeni
atau bersolo diri
setiap tariq yang haq
akan menghala ke tempat yang haq juga
mogakan.

Janganlah aku
seorang yang putus asa
putus rahmat
hilang harapan
wahai Pengasihku.

Taman Satria, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Sabtu, 23 Jun 2012, jam 11.20 pagi.

0 comments:

Post a Comment