Aku Harap Perpisahan Ini

Aku harap
perpisahan ini
bukan kerana perbedaan
sehingga merenggangkan
tali rafia ukhuwwah.

Aku harap
perpisahan ini
kerana peribadi mau, harus
mencari, mendaya
yang ahsan untuk diri.

Aku harap
perpisahan ini
setelahnya
dengan restu Allah
kerna Allah, temu seusai pisah.

Kampung Acheh, Kuala Sungai Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ahad, 3 Jun 2012, jam 12.28 malam.

Comments