Terbang kerana Berjuang

Selamat tinggal
buat daerahku Tuaran.

Aku terbang
kerana mahu berjuang
jalannya masih jauh.

Burung besi merah
sudah menanti di perbatasan udara
membawaku menyeberang ke sana.

Aku datang
duhai tanah Petaling.

Suatu saat
ke bumi Kinabalu
aku mahu pamit kelak.

Tuhan, aku redha
kiranya takdirMu meninta
di sini jihadku menuju cita dan jaya.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Rabu, 30 Mei 2012, jam 1.06 pagi.

Comments