Thursday, 31 May 2012

Perlahan-lahan Saya Belajar Bersaudara

Terima kasih, Zulfikar. Sahabat saya, Mohd. Zulfikar Hartawan, orangnya amat berdedikasi. Beliau mudah diterima umum bukan setakat kerana madah dan jenakanya, tetapi kerana beliau seorang yang inovatif, berseni, dan versatil di samping mudah untuk menjadi mesra. Mesra ukhuwwah.

Beliau sudah bercerita mengenai kelasnya, Tingkatan 5 Tarmizi, SMKA Kota Kinabalu. Saya masih ingat bahawa saya pernah mengatakan sesuatu dengan Pengetua SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS), Dr. Mohd. Kassim Tusin, mengenai kelas saya yang ini pada ziarah saya ke SMKA TUNAS pada 26 Mac lepas. Saya setiausahanya.

Kata saya lebih kurang begini, "Kelas saya ini tidaklah sebaik mana dari segi pengurusan fizikalnya dan keceriaannya. Tetapi, saya bersyukur kerana kelas saya baik dari segi pencapaian akademik. Dalam SPM 2011, kelas saya, kelas perakaunan, menjadi kelas yang paling cemerlang dalam SPM 2011."

Benar. Kami bersyukur kerana kami sudah buat yang terbaik sekurang-kurangnya untuk diri kami sendiri. Tidak kami sangka bahawa nama kelas ini meniti di bibir guru-guru SMKAKK setelah berjaya.

Hari ini, saya mahu bercerita secara ikhtisar mengenai saya dengan persaudaraan.

Kelas itu mengajar saya erti persaudaraan. Bukan setakat kelas itu, bahkan kelas-kelas lain mengajarkan saya erti ini. Saya bersyukur mempunyai sahabat-sahabat yang menerima dan memahami saya seadanya. Maka, saya pun menerima dan memahami kalian seadanya sebaik mungkin. Kepada yang saya tidak anggap mereka itu sahabat, mereka itu perlu sedar bahawa mereka itu saudara saya seiman dan seagama. Inilah yang saya tanamkan dalam diri sedikit demi sedikit.

Di SEMAI, benar, saya juga belajar erti persaudaraan. Cuma, saya salah atau kurang mahir mengaplikasikannya. Sebab itulah setelah saya bersalah, persaudaraan terputus begitu sahaja tanpa dirancang mahupun dipinta. Saya minta maaf kepada para junior sekalian. Juga kepada para senior dan sahabat sebaya.

Saya kurang fokuskan perkongsian ini kepada rakan sebaya. Saya fokuskan perkongsian ini kepada rakan junior. Sepanjang persekolahan menengah, banyak masa saya habiskan kepada junior secara baik dan bermanfaat mahupun sebaliknya. Saya mengaku, sebagai seorang senior, saya banyak buat salah dalam bersaudara mahupun bersahabat.

Terima kasih. Ada yang mengingatkan saya tentang cara saya. Saya cuba memperbetulkan diri walaupun pada suatu saat cubaan tersebut gagal. Saya terus berazam memperbetulkan diri, lebih-lebih lagi dalam bersahabat dan bersaudara.

Saya bersyukur kerana ada yang mendidik dan mengingatkan saya cara bersahabat dan bersaudara sehinggakan saya merasa bahawa sahabat dan saudara perlu dihargai, dihormati dan disayangi. Jangan hairan kepada seorang dua yang saya pernah cium. Itu tanda persaudaraan. Tetapi, yang tidak dicium tidaklah bererti mereka itu bukan saudara seiman dan seagama.

Saya beruntung kerana saya sudah banyak menyebarkan ilmu walaupun ilmu ini tidak sebanyak ilmu para alim ulama. Ada yang pernah menerima sesuatu dari saya. Saya beruntung sama. Ada yang pernah mendekati saya dengan cara kasih saya. Saya menghargainya. Sekali sahabat mendekati saya dengan kasih sayang, saya cuba melakukannya lebih dari itu. Kekadang merugikan diri sendiri. Tetapi, saya tidaklah terlalu rugi. Walaupun saya miskin, saya tidak terlalu miskin daripada orang lain. Saya masih mampu.

Saya mahu terus bersaudara dan bersahabat kepada para sahabat dan saudara, terutamanya rakan sebaya, senior dan junior. Saya minta maaf. Saya mengaku banyak kesalahan dan kesilapan saya sepanjang persahabatan dan persaudaraan. Saya cuba memperbetulkan diri sendiri.

Kini, banyak masa saya habiskan dengan ibu bapa dan keluarga tercinta. Kamu tetap berharga bagi saya biarpun ibu bapa, keluarga dan guru-guru lebih berharga dari kalian. Logiklah mereka dihargai duluan, baru kalian dan barulah diri ini. Terima kasih kerana mensahabati dan mempersaudara saya.

Salam hormat,
Awang Abdul Muizz Awang Marusin.

Penghargaan kepada junior khas yang pernah (dan sebahagiannya masih) mensahabati diri ini (setakat ingatan saya): Mohammad Fauzi Hj. Acho, Izzamuddin Taufik, Mohd. Nurhanan Hj. Sulaiman, Muhammad Khairul Nizam Heden, Ku Azamuddin Ku Azam, Muhammad Hasan, Mohd. Ridhauddin Hj. Matlin, Mohd. Nurhafiz Samsurani, Muhammad Zul Hafiz Mohd. Noor, Muaz Mingu, Suhardi Hablee, Muhammad Saifullah Ithnin, Syed Mohd. Ridzuan Raflee, Muhammad Ammar Hakim Zulkefili, Ahmad Nor Hariz Musa, Mohd. Ramzi Taufik, Muhammad Afiq Hazwan Ahmad Zukhi, Mohd. Aliffnazmi Ladin, Mohd. Firdauz Mohd. Ridzuan, Khairul Azman Hj. Yakof, Mohd. Khairullah Jenula, Ammar Arif Adanan, Mohd. Azhan Syafie Azman, Adli Musthaqeem Abidin, Elias Junoh, Harundin Abdul Shukur, Najip Malik, Kamal Habib Norakim, Tarmizi Izzat Ismail, Muhammad Fakhrulrazi Asmat, Mohd. Afiq Hafizuddin Azman, Mohd. Hafiz Roselan dan Muhammad Aniq Arif.

Juga buat yang dikasihi, Sahabat 15.

2 comments: