Monday, 28 May 2012

Perdana Menteri bagi Persekutuan

Sudah muncul kata demi kata mahupun ijtihad dari kalangan pemimpin parti Pakatan Rakyat (PR) mengenai Perdana Menteri (PM) jika PR diberi mandat memerintah negara setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada pandangan saya, orang yang paling layak menjadi PM jika PR mendapat mandat memerintah negara adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pada kelaziman parti, ketua besar sesuatu parti gabungan hendaklah mentadbir negara apabila parti gabungan tersebut diberi mandat. Jikalau Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat dalam PRU 13 untuk memerintah negara, sudah pasti Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak akan meneruskan tempoh perjawatannya sebagai PM melainkan jika ada perkara lain yang berlaku yang menyebabkan Datuk Seri Najib tidak akan menjadi PM.

Dalam memimpin negara, BN sepakat bahawa Presiden UMNO menjadi PM dan timbalannya atau naibnya menjadi Timbalan PM. PR pula belum nampak persepakatan sebenar kerana setiap ketua parti dalam PR (PKR, DAP dan PAS) masing-masing mahu menjadi PM.

Jikalau menurut kuasa kepimpinan parti, saya senaraikan penama-penama berikut yang membarisi barisan penggantian ke kepimpinan utama parti. Saya susun berdasarkan jawatan kepimpinan dan kemudian berdasarkan senioritinya dalam kepimpinan parti.

Barisan NasionalPakatan Rakyat

  1. Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak
    Presiden UMNO
  2. Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
    Timbalan Presiden UMNO
  3. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
    Naib Presiden UMNO
  4. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
    Naib Presiden UMNO
  5. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
    Naib Presiden UMNO
  6. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
    Presiden MCA
  7. Datuk Seri G. Palanivel
    Presiden MIC
  8. Tan Sri Abdul Taib Mahmud
    Presiden PBB
  9. Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
    Presiden SUPP
  10. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
    Presiden GERAKAN
  11. Datuk Seri M. Kayveas
    Presiden PPP
  12. Datuk Liew Vui Keong
    Presiden LDP
  13. Tan Sri Joseph Kurup
    Presiden PBRS
  14. Tan Sri Bernard Giluk Dompok
    Presiden UPKO
  15. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
    Presiden PBS
  16. Tan Sri William Mawan anak Ikom
    Presiden SPDP
  17. Tan Sri James Jemut anak Masing
    Presiden PRS

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
    Ketua Umum PKR
  2. Lim Kit Siang
    Penasihat DAP
  3. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Mursyidul Am PAS
  4. Karpal Singh
    Pengerusi DAP
  5. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
    Presiden PKR
  6. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
    Presiden PAS
  7. Dr. Tan Seng Giaw
    Timbalan Pengerusi DAP
  8. Azmin Ali
    Timbalan Presiden PKR
  9. Mohamad Sabu
    Timbalan Presiden PAS
  10. Lim Guan Eng
    Setiausaha Agung DAP
  11. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
    Setiausaha Agung PKR
  12. Datuk Mustafa Ali
    Setiausaha Agung PAS
  13. M. Kulasegaran
    Naib Presiden DAP
  14. Nurul Izzah Anwar
    Naib Presiden PKR
  15. Salahuddin Ayub
    Naib Presiden PAS

Pada kelaziman parti, ketua teratas parti adalah ketua jentera kerajaan atau pembangkang. Jika sesuatu parti diberi mandat majoriti, parti itu menjadi pengemudi kerajaan dan ketua tertingginya hendaklah menjadi PM.

Sekarang, saya mahu membentangkan beberapa frasa perundangan mengenai perlantikan Perdana Menteri.

Artikel 40 (2) (a), Perlembagaan Persekutuan (PP): Yang DiPertuan Agong hendaklah melantik Perdana Menteri.

Artikel 43 (2) (a), PP: Yang DiPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet, iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk memimpin Dewan Rakyat pada pendapat baginda.

Saya cuba mengkaji PP tersebut. Saya berpuas hati dengan beberapa pandangan yang menyatakan bahawa PP tidak menyatakan secara khusus syarat-syarat seseorang untuk menjadi PM. Maka, susunan keutamaan untuk menjadi PM sudah saya senaraikan seperti di atas.

Cuma, perlu diingat. Syarat khusus PM disebut sebagai perkaitan dalam artikel lain dalam PP.

Artikel 3, PP: Islam merupakan agama Persekutuan.

Artikel 153 (1), PP: Yang DiPertuan Agong mesti menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Artikel 160 (2), Perenggan 26, PP: Orang Melayu adalah - 
  1. (Golongan semasa) Orang Islam yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.
  2. (Golongan Merdeka) Orang yang didomisil di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) atau Singapura pada Hari Merdeka (31 Ogos 1957), yang dilahirkan di PTM atau Singapura sebelum Hari Merdeka atau orang yang lahir sebelum Hari Merdeka daripada ibu atau bapa yang dilahirkan sebelum Hari Merdeka.
  3. (Golongan Keturunan Merdeka) Ahli keturunan kepada seseorang yang berasal dari kalangan golongan Merdeka. 

PP juga ada menyebut bahawa PM hendaklah seorang warganegara melainkan warganegara yang dinaturalisasi.

Berdasarkan perkaitan-perkaitan yang saya sertakan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan (secara peribadi) bahawa PM adalah seorang ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas keyakinan baginda bahawa beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat untuk memimpin kerajaan, tanpa nasihat sesiapapun. PM itu sepatutnya adalah seorang warganegara Malaysia (yang tidak dinaturalisasi) yang beragama Islam dan berbangsa Melayu atau Bumiputera Sabah dan Sarawak. 

Berdasarkan pernyataan saya tersebut, berikut saya susun semula barisan keutamaan untuk menjadi PM.

Barisan NasionalPakatan Rakyat

  1. Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak
  2. Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
  3. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  4. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
  5. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
  6. Tan Sri Abdul Taib Mahmud
  7. Datuk Seri Dr. Rais Yatim
  8. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
  9. Datuk Seri Adnan Yaakob
  10. Datuk Abdul Ghani Othman
  11. Datuk Seri Mohd. Nazri Tan Sri Abdul Aziz
  12. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
  13. Datuk Shaziman Abu Mansor
  14. Datuk Seri Lajim Ukin
  15. Datuk Seri Musa Aman
  16. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  2. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  3. Ahmad Ton
  4. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
  5. Azmin Ali
  6. Mohamad Sabu
  7. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
  8. Datuk Mustafa Ali
  9. Salahuddin Ayub
  10. Datuk Dr. Mansor Othman
  11. Datuk Husam Musa
  12. Datuk Mahfuz Omar
  13. Datuk Harun Taib
  14. Dr. Syed Husin Ali
Malaysia lebih senang dengan PM yang Islam dan Melayu atau Bumiputera kerana Malaysia ditubuhkan atas dasar Islam dan Melayu dan Bumiputera walaupun Malaysia adalah negara perpaduan.

0 comments:

Post a Comment