Kamal Setelah 7 Tahun

Pertengahan Mac lalu, aku mengambil kesempatan menyemak nama-nama calon pertandingan sempena Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Bandaraya. Pejabat Pelajaran bandarayaku adalah pejabat pelajaran yang pertama, pada akalku, menyenaraikan nama-nama murid yang bertanding dalam MTQSS peringkat daerah.

Nama Kamal tersenarai di senarai tersebut. Wakil SMKAKK. Setahuku, dia menelaah ilmu di SMK Badin sebagai pelajar aliran agama. Rupanya, SMKAKK sudah menerimanya tanpa banyak soal dan banyak songeh.

Aku hampir tersalah orang. Orang yang bukan memiliki nama Kamal hampir ku kata itu dia. Nasib tidak. Itu berlaku 2 hari sebelum multaqa semula aku dengan Kamal.

Mengikut sahabatku, Sazali, dia mahu ke SEMAI. Rupanya, SMKAKK yang menerimanya. Tanpa aku sempat mengucapkan ahlan wasahlan kepadanya. Aku mendahuluinya.

Kamal Habib, wakil SMKAKK dalam acara Syarahan Agama,
MTQSS Daerah KK 2012 di SMESH. Mendapat Naib Johan.
Menurut pengurus sekolah, namanya antara nama yang bersih dalam rekod madrasah tersebut. Tiada isu besar.

Sejak kewujudannya di tanah barakah tersebut, seorang Kamal adalah seorang yang dihargai dan disegani. Dia pemidato perwakilan sekolah. Jemaah debat Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sudah dia admisi selaku waris jemaah. Maklumlah, jemaah tersebut membutuhkan warisnya. Dialah waris baru jemaah tersebut.

Dalam program syarahan agama untuk MTQSS, dialah jua waris baru selain waris yang satu lagi yang sedikit senior darinya dalam perwarisan, Harundin. Padanlah dia diwariskan dengan industri-industri sedemikian.

Awal sejarah, aku mengenalinya pada tahun 2005. Kami adalah kanak-kanak yang dinaungi oleh Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS). Sepanjang ingatan, kami ini kanak-kanak Tahfiz al-Quran. Kami pernah berwakil sampai ke peringkat bahagian Pantai Barat Utara Sabah dalam acara ini, berlangsung di SMKA Ranau (SEMEKAR).

Hayat perkenalan kami sampai pada tahun tersebut - sangkaan awal.

Di Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), aku datang membawa bersama kalbu yang ibtisam dan perasaan syukur. 24 Mac. Aku masih ingat. Waktu itu, di dewan SMESH, aku mempersaudarakan diri dengan sekolahku, SMKAKK dan SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS).

Aku kemudian terlihat sedetik wajah Kamal. Dengan cerianya, dia berada di bilik kuliah SMESH menyaksi syarahan sahabat seangkatannya, sama perwakilan, Al Said.

Multaqa yang hakiki itu berlangsung setelah beberapa ketika di dewan.

Tika aku mengkaribkan diri dengannya, aku mendengar sekelumit bicaranya, ceritanya. Waktu itu, hayatnya di SMKAKK baru berumur lebih kurang sebulan.

Di waktu aku bertemunya semula pada bulan yang sama dan hari yang berbeda, begitulah, betapa bermanfaatnya seorang Kamal Habib kepada SMKAKK. Aku fikir, sebelum ini, Kamal itu bermanfaat jua di SMK Badin.

24 Mac. Itulah tarikh bagi tawarikh yang akan ku ingati. 2005, aku mengenal dan menjadikan Kamal itu teman sepermainan. Dalam tempoh 7 tahun, dia sudah berada di SMKAKK sebagai insan yang bermanfaat. Maka, ku temuinya di situ.

Kami duduk di daerah yang sama, Tuaran. Dia ini adindanya seorang senior SMKAKK, abang Amirul Afzan "Bayau". Ayahandanya pekerja di sebuah klinik awam di Tuaran, manakala bondanya seorang pendidik di sebuah sekolah umum di perkampungan di tanah Sulaman sana.

Baru aku tahu rupanya abang Amirul Afzan itu anak kepada ayahandanya, pak Norakim. Menurut ayahandaku, pak Norakim itu dulu warga Hospital Tuaran di sebelah sini.

Kamal adalah ahli kepimpinan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Tuaran, sayap remaja bagi Persatuan Siswazah Sabah (PSS).

Sengaja aku bercerita tentang Kamal Habib. Sebab dia dengan yang lain seperti yang lain, dialah sahabat tanpa mempedulikan senioriti. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku punya sahabat seperti seorang Kamal meski tidak banyak waktu Allah izinkan untuk bertemu. Aku harap seorang Kamal yang masih muda lebih baik dan berguna daripada seorang aku ini yang tiada apa-apa sebab aku tahu seorang Kamal lebih baik dariku.

Betapa sucinya kasihMu, Tuhan.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
27-31 Mei 2012.

Comments