Jubah Sekolah

Awalnya, tahniah kepada pelajar-pelajar SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS) yang meraikan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) dan yang menerima hadiah darinya, sebentar tadi. Saya tumpang gembira dengan kejayaan anda semua. Teruskan perjuangan dan semoga berjaya di waktu berikutnya.

Cuma, saya tertarik untuk berkata mengenai jubah sekolah, waktu ini. Saya minta maaf jika kenyataan saya menyentuh hati sesetengah pihak.
Tahniah saya ucapkan kepada SMKA TUNAS kerana berjaya mengadakan jubah buat julung kalinya untuk HAK tahun ini walaupun masih banyak jubah SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) digunapakai. Tapi, saya tak kata adalah menjadi salah SMKA TUNAS meminjam dan memakai jubah SMKAKK walaupun perkara ini sudah dilakukan untuk 2 kali HAK, iaitu 2011 dan 2012. Cuma, SMKAKK telah mengamalkan pemakaian jubah semenjak beberapa kali Ihtifal Anugerah Cemerlang (IAC) yang kebelakangan, pada pendapat saya, mungkin pada tahun 2005; dan semenjak Majlis Graduasi Sekolah (MGS) 2009. Semenjak beberapa tahun lepas, pemakaian jubah akademik telah diperluaskan ke sekolah menengah, termasuklah di SMKAKK (yang sudah lama mengamalkannya) dan SMKA TUNAS (yang baru mengamalkannya mulai HAK 2011).

Cerita tentang jubah akademik di SMKAKK. SMKAKK mempunyai empat jenis jubah. Jubah biru biasanya digunakan untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang PMR (pada IAC) dan kesemua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (pada MGS). Jubah merah pula biasanya digunakan untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan penerima anugerah khas pada IAC, serta kesemua pelajar STPM pada MGS. Jubah merah jambu (pink) dikhaskan kepada ketua-ketua majlis dan Pengetua, manakala jubah merah hati (maroon) pula dikhaskan untuk Canselor Majlis, yakni perasmi.

Khabarnya pula di SMKA TUNAS, tiga jenis jubah diperkenalkan mulai HAK 2012. Warna hitam untuk perasmi; warna merah untuk ketua-ketua majlis dan warna hijau untuk penerima anugerah. Pada HAK 2011, jubah merah SMKAKK digunakan untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM serta penerima anugerah khas. Pada HAK 2012, jubah biru SMKAKK pula digunakan untuk pelajar cemerlang PMR dan khabarnya penerima anugerah khas, dan jubah hijau sendiri adalah untuk pelajar cemerlang SPM. Tahniah atas usaha SMKA TUNAS menggunapakai amalan pemakaian jubah untuk HAK.

Jubah akademik diperkenalkan di sekolah menengah (dan di sekolah rendah) bertujuan untuk membawa suasana institusi pengajian tinggi (IPT) ke sekolah menengah, iaitu suasana untuk meraikan penamatan sesi akademik dan penganugerahan watikah kelulusan akademik. Maklumlah, di IPT, jubah akademik dipakai sama ada semasa sesi mengangkat sumpah pelajar baru, permasyhuran pemimpin IPT (seperti Canselor, Pro Canselor dan sebagainya) dan istiadat konvokesyen.

Akhir-akhir ini, sudah banyak sekolah menengah (dan sekolah rendah) mengamalkan pemakaian jubah ketika sesi penyampaian hadiah. Saya menyambut baik usaha ini. Sekurang-kurangnya warga sekolah, terutamanya pelajar yang menerima hadiah, menerima suntikan semangat baru untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan bagi meneruskan hidup di fasa baru.

Comments