Buat Sahabat Sebelum Membawa Diri

Aku mahu sahabatku teruskan berhidup
di kala masing-masing akan membawa diri
kerana kehayatan itu pesambah agung dari Tuhan
maka manfaatkanlah kurniaan yang teremas itu
kelak kau nanti akan menjadi yang bermanfaat kelak.

Aku mahu sahabatku panjangkan langkah
teruskan berjalan di waktu kau sudah bersoloan diri
sepanjang kembara, kelak Tuhan sentiasa menemani
semoga sampai ke halatuju yang dituju
bila tiba di situ, padaNya bersujudlah, bersyukurlah kamu.

Aku mahu sahabatku jangan bersedih
kerana Tuhan denganmu sentiasa wujud dan karib
sewaktu berpisah, pertemuan tetaplah harapan
di kala kegagalan, sukses menunggu di hadapan
setiap kedukaan, di hadapan tetap ada sukacita.

Aku mahu sahabatku mencipta jaya
darjah kebesaran yang mencerahkan masa muka
kerana jaya itu memungkinkan hidupmu diredhaiNya
yang berjaya, teruskan mencari kekayaan dan kejayaan
walau berjayalah, kayalah diri dengan harta dan hikmah.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Khamis, 17 Mei 2012, jam 9.58 malam.

Comments