Penggunaan Istilah Allahyarham

Allahyarham (الله يرحم) adalah istilah daripada bahasa Arab. Kemudiannya, istilah ini dimasukkan ke dalam Kamus Dewan sebagai salah satu perkataan dalam Bahasa Melayu.

Dalam bahasa Arab, Allahyarham bermaksud Allah merahmati. Dalam bahasa Melayu, Allahyarham bermaksud kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan daripada keluarga DiRaja) yang telah meninggal.

Orang kita kini memberi gelaran kepada orang yang telah meninggal dunia sebagai Allahyarham (الله يرحم) bagi lelaki dan Allahyarhamah (الله يرحمه) bagi perempuan, atau secara alternatifnya kita sebut sebagai Arwah (أرواح). Itu bagi orang biasa. Bagi kerabat DiRaja yang baru meninggal dunia, gelaran yang diberikan adalah al-Marhum (المرحوم) dan al-Marhumah (المرحومة).

Begini, izinkan saya menerangkan yang sebenarnya.

Allahyarham bermaksud Allah merahmati. Allahyarhamah bermaksud Allah merahmatinya. Adapun al-Marhum dan al-Marhumah bermaksud Mendiang (bagi orang Islam). Memang tidak sesuailah kita gelarkan orang Islam yang telah meninggal dunia sebagai Mendiang, sedang gelaran Mendiang hanya layak pada yang bukan Islam yang meninggal dunia, dalam norma kita. Arwah pula bermaksud roh-roh, kata ganda bagi roh (روح).

Saya tidak mengatakan bahawa penggunaan Allahyarham dan Allahyarhamah atau Arwah ini salah, sebab perkara ini disifatkan sebagai perbuatan yang mempunyai hukum yang tidak disepakati. Betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, cuma salah dalam bahasa Arab. Cuma, perkara ini tergolong sebagai al-Uruf wa al-Adat (العرف والعادة), iaitu adat dan kebiasaan. Tidak semua mazhab berpegang pada dalil syarak sebegitu. Lagipun, benda yang bersifat makruf (معروف) iaitu benda yang memang diketahui umum pengisiannya, sifatnya harus.

Cuma, saya sarankan bahawa orang Islam yang meninggal dunia digelar sebagai al-Marhum dan al-Marhumah. Istilah Allahyarham atau Allahyarhamah lebih sesuai sebagai doa. Yang lebih tepat sebenarnya ialah Allahyarhamah (الله يرحمه) atau Allahyarhamha (الله يرحمها), iaitu Allah merahmatinya.

Kesimpulannya, tidak salah menggunakan istilah Arab yang dikamuskan dalam kamus bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu. Namun, saya lebih saran bahawa keaslian bahasa Arab dijaga walaupun beribu istilah bahasa Arab dikamuskan ke dalam kamus bahasa Melayu.

Comments

  1. Assalam tuan...
    Mengikut yang diterangkan oleh pensyarah UIA, Ustaz Nizam Abdul Kadir maksud almarhum adalah yang dirahmati bukan mendiang... wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu..

      Asal usul perkataan dari Bahasa Arab (Bahasa Al-Qur'an).

      Perkataan "almarhum" (المرحوم) adalah kata terbitan daripada perkataan "rahima" (رَحِمَ).

      Almarhum (المرحوم) adalah isim maf‘ul yang bermaksud yang 'dirahmati' atau yang 'dikasihi'.. dalam konteks ini ia merujuk kpd si mati berjantina lelaki.

      Manakala untuk merujuk kepada si mati berjantina perempuan ia disebut almarhumah (المرحومة).

      *perkataan "almarhum" atau "almarhumah" bukan bermaksud "mendiang".

      Perkataan yang sama erti dengan "mendiang" ialah "almutawaffa" (المتوفى).

      Delete
  2. http://www.azhan.co/maksud-gelaran-bagi-orang-yang-mati-seperti-allahyarham-dan-allahyarhamah/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan.
    Izinkan saya utk menambah.
    Gelaran utk simati lelaki ialah Allahyarhamhu. Utk perempuan Allahyarhamha. Utk beramai-ramai, Allahyarhamhuma/Allahyarhamhunna.
    Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahyarhamhum utk be ramai2.. Kalau utk dua org baru Allahyarhamhum. Kalau semuanya perempuan, baru spesifik Allahyarhamhunna.
      Allahyarhamah rasanya takde makna sebab yarham itu fi'l mudhari', bukan ism yang ditukar hujung nya utk wanita. Allahua'lam.

      Delete
  4. Justru Al marhum itu pasti, sementara perkara ghaib itu hanya Allah yg tau, dan justru juga kita sebagai manusia kepada yg masih hidup maupun nsudah meninggal hanya dapat mendoakan, adapun penjelasan seorang ustadZ yg tidak 100% menyalahkan dalam pemberian gelar Al marhum pada seseorang tetapi di barengi insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Kalau org non muslim guna pekataan arwah untuk mendiang ahli keluarga nye..boleh ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. non muslim pun mempunyai ruh jugak

      cuma, arwah ni adalah kata ganda (jamak) bagi ruh.. so mcm kurang sesuai pulak kalau merujuk kepada seorang individu

      Delete

Post a Comment