Sunday, 29 April 2012

Penggunaan Istilah Allahyarham

Allahyarham (الله يرحم) adalah istilah daripada bahasa Arab. Kemudiannya, istilah ini dimasukkan ke dalam Kamus Dewan sebagai salah satu perkataan dalam Bahasa Melayu.

Dalam bahasa Arab, Allahyarham bermaksud Allah merahmati. Dalam bahasa Melayu, Allahyarham bermaksud kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan daripada keluarga DiRaja) yang telah meninggal.

Orang kita kini memberi gelaran kepada orang yang telah meninggal dunia sebagai Allahyarham (الله يرحم) bagi lelaki dan Allahyarhamah (الله يرحمه) bagi perempuan, atau secara alternatifnya kita sebut sebagai Arwah (أرواح). Itu bagi orang biasa. Bagi kerabat DiRaja yang baru meninggal dunia, gelaran yang diberikan adalah al-Marhum (المرحوم) dan al-Marhumah (المرحومة).

Begini, izinkan saya menerangkan yang sebenarnya.

Allahyarham bermaksud Allah merahmati. Allahyarhamah bermaksud Allah merahmatinya. Adapun al-Marhum dan al-Marhumah bermaksud Mendiang (bagi orang Islam). Memang tidak sesuailah kita gelarkan orang Islam yang telah meninggal dunia sebagai Mendiang, sedang gelaran Mendiang hanya layak pada yang bukan Islam yang meninggal dunia, dalam norma kita. Arwah pula bermaksud roh-roh, kata ganda bagi roh (روح).

Saya tidak mengatakan bahawa penggunaan Allahyarham dan Allahyarhamah atau Arwah ini salah, sebab perkara ini disifatkan sebagai perbuatan yang mempunyai hukum yang tidak disepakati. Betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, cuma salah dalam bahasa Arab. Cuma, perkara ini tergolong sebagai al-Uruf wa al-Adat (العرف والعادة), iaitu adat dan kebiasaan. Tidak semua mazhab berpegang pada dalil syarak sebegitu. Lagipun, benda yang bersifat makruf (معروف) iaitu benda yang memang diketahui umum pengisiannya, sifatnya harus.

Cuma, saya sarankan bahawa orang Islam yang meninggal dunia digelar sebagai al-Marhum dan al-Marhumah. Istilah Allahyarham atau Allahyarhamah lebih sesuai sebagai doa. Yang lebih tepat sebenarnya ialah Allahyarhamah (الله يرحمه) atau Allahyarhamha (الله يرحمها), iaitu Allah merahmatinya.

Kesimpulannya, tidak salah menggunakan istilah Arab yang dikamuskan dalam kamus bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu. Namun, saya lebih saran bahawa keaslian bahasa Arab dijaga walaupun beribu istilah bahasa Arab dikamuskan ke dalam kamus bahasa Melayu.

3 comments:

  1. Assalam tuan...
    Mengikut yang diterangkan oleh pensyarah UIA, Ustaz Nizam Abdul Kadir maksud almarhum adalah yang dirahmati bukan mendiang... wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. http://www.azhan.co/maksud-gelaran-bagi-orang-yang-mati-seperti-allahyarham-dan-allahyarhamah/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan.
    Izinkan saya utk menambah.
    Gelaran utk simati lelaki ialah Allahyarhamhu. Utk perempuan Allahyarhamha. Utk beramai-ramai, Allahyarhamhuma/Allahyarhamhunna.
    Wallahu'alam

    ReplyDelete