Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Bahagian Barat Sabah 2012

Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Bahagian Barat Sabah (MTQSS-BBS) 2012 telah berlangsung di SMKAKK, baru siang tadi (7 April). Semua acara untuk MTQSS dipertandingkan, dengan pertandingan-pertandingan MTQSS disekalikan dengan Festival Nasyid (FN) dan acara Syarahan Bahasa Arab SM, acara khas penganjur. Majlis sebentar tadi dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah, Ustaz Mohamed Zaki Abdul Ghani.

SMKAKK, Tuan Rumah MTQSS-BBS 2012, amat bertuah. Walaupun sekolah sedang mengalami penambahbaikan dari segi pembangunan infrastruktur dan pengurusan fizikal sekolah, SMKAKK berjaya menganjurkan MTQSS-BBS 2012 dengan jayanya dan meriahnya. Tambahan pula, kesemua perwakilan SMKAKK yang mewakili Daerah Kota Kinabalu merangkul kejuaraan. Mereka terdiri daripada peserta Nasyid SM (Kumpulan Harmoni - Mohd. Fakhri Arif, Muhammad Aniq Arif, Mohd. Sukri Hj. Tuah, Mohd. Hakim Hj. Mohd. Mustafa, Mohd. Shazzrul Juni, Muhammad Fakhrulrazi Asmat, Najip Malik, Faiz Hj. Marsus dan Mohd. Afiq Amsyar Monzane), Syarahan Agama SM-L (Al Said Utoh Karah), Syarahan Bahasa Arab L (Mohd. Noor Syukri Suhaili) (wakil ganti perwakilan SMKA TUNAS, Suhardi Hablee) dan Tilawah al-Quran SM-L (Bakhtiar Mustaqhim Hj. Yaharuddin). Kumpulan Harmoni yang mempersembahkan lagu al-Quran Menjana Transformasi Ummah dan Indahnya Islam, turut memenangi Anugerah Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik. Syukur, Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua.

Sebelum terlupa, tahniah juga saya ucapkan kepada satu-satunya wakil SMKA TUNAS, Ahmad Amri Ku Othman, wakil Daerah KK untuk acara Hafazan SM-L, kerana turut menjuarai acara ini. Tahniah juga kepada saudara Dzulfadhli dan saudari Nur Amirah, masing-masing mendapat Tempat Ketiga dalam acara Hafazan SM-L dan Tilawah al-Quran SM-P.

Kepada yang memohon senarai pemenang, saya tidak dapat menyimpannya kerana senarai itu telah hilang daripada tangan saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan sebegitu. Bagaimanapun, tuntasnya, Daerah KK telah merangkul kejuaraan keseluruhan. Daerah Ranau menyaingi Daerah KK dengan sengit. Namun begitu, dikhabarkan bahawa Daerah Ranau adalah Naib Juara keseluruhan, manakala Daerah Penampang mendapat Tempat Ketiga keseluruhan. Oleh hal yang demikian, tahniah buat semua perwakilan Daerah Kota Kinabalu kerana menyandang johan keseluruhan dalam MTQSS-BBS 2012 kali ini.

Kepada daerah Tuaran, Ranau dan Penampang, saya yakin semua sudah buat yang terbaik. Gagal sekali bukan bererti kegagalan yang abadi. Tahniah juga kepada semua kerana berjaya menyertai MTQSS-BBS 2012 dengan jayanya.

Semua johan (kecuali johan Syarahan Bahasa Arab) akan berentap pula dalam MTQSS dan FNSS Negeri Sabah yang akan diadakan di Sandakan - saya rasa di SMAS - pada 20-22 April ini. Semoga berjaya pada semua yang mewakili Bahagian Barat Sabah nanti.

I believe we can win. So, I always grant my support to the Sabah Westerners.


Sabah Western may prevail and represent the state to the national level competition.(Mr. Mohd. Zaki Abdul Ghani)


I pray to Allah. The Sabah Westerners shall and may prevail. Amin ya Rabb al-Alamin.

Comments