Ibrah Luqman al-Hakim

Syukuri Tuhan
mensyukuriNya bererti
mensyukuri diri
Tuhan, andai ada yang tidak mensyukuri
Tetaplah Dikau Kaya lagi Terpuji.

Jangan duakan Tuhan
kerana menduakanNya
kezaliman agung seorang diri.

Hormati ayahanda dan bonda
yang telah melahirkan
dan membesarkan
SyukuriNya dan ayahbonda
lalu kepadaNya pengembalian kita.

Andai dirimu diminta berpekerti jelek
tolaklah ia dengan jelek
bersama wasilah dalam dunia dengan baik
lalu kembalilah kepada Rabbi
Raja segala Pemerintah
yang akan mengata tentang kita semua
di pengadilanNya nanti.

Baik burukmu
sekalipun nilainya hanya sebiji sawi
tetap terlihat olehNya
Yang Maha Halus.

Dirikanlah solat
serulah kebaikan, cegahlah kemungkaran
bersabarlah atas apa-apa yang menimpamu,
kehendak dariNya.

Usah berpaling muka merendahkan diri lain
usahlah berjalan dengan rasa tinggi diri
usahlah berbangga diri
kerana Allah tidak menggemari.

Biar langkah sederhana
biar suara sederhana
atau suara burukmu adalah suara keldai.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Khamis, 12 April 2012, jam 11.40 malam.

Comments