Ucapan Tahniah sempena Ihtifal PERKIPS Pantai Barat Utara Sabah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Saya bersyukur kepada Allah SWT apabila mendengar berita baik dari Daerah Pitas mengenai kejayaan kontinjen Daerah Tuaran dalam Ihtifal Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara 2012. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang mewakili PERKIPS Tuaran atas kejayaan masing-masing.

Saya difahamkan bahawa PERKIPS Tuaran menghantar wakil ke pertandingan tersebut peringkat bahagian Pantai Barat Utara dalam hampir semua acara. Saya juga difahamkan bahawa peserta Nasyid, Pidato (Sekolah Menengah) dan Tahfiz al-Quran (Tahap 1) merangkul johan, manakala peserta Bercerita (Sekolah Rendah), Hafazan (Tahap 2) dan Tilawah al-Quran (Qari) merangkul tempat ketiga. Saya melihat berita ini sebagai suatu pencapaian yang baik dalam menggiatkan aktiviti agama di hospital dan pejabat kesihatan dalam Tuaran.

Tidak mengapalah untuk tahun ini sekiranya kita tidak dapat menamakan wakil kita untuk acara Tilawah al-Quran (Perempuan). Tetapi, kita bersyukur apabila kita menerima kurniaan ini, kejayaan ini. Namun begitu, selepas ini, kita berharap agar warga komuniti kesihatan dalam daerah Tuaran akan memiliki lebih ramai orang-orang yang boleh bertilawah al-Quran, bercerita, menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya Ayat-ayat Lazim dan bersyarah mengenai isu agama Islam kita, suatu hari nanti. Akan tetapi, semua ini bukan setakat untuk memenuhkan kuota pertandingan, bahkan supaya semua ini menjadi wahana dakwah dan medan ibadah.

Baiklah. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kerana berjaya merangkul kejayaan masing-masing. Saya difahamkan Daerah Kota Marudu pula yang akan menjadi tuan rumah di peringkat negeri pula, untuk pertandingan ini. Semoga berjaya kesemuanya!

Comments