Terasing

Hidup aku memang
menjadi seorang yang asing
dan terasing.

Aku semakin kejauhan dari mata mereka
jauh juga dari hati mereka
aku hilang yakin dan sukar
untuk bersama lagi mengasihi.


Aku tahu siapa seorang aku
hanya bunga harapan di tanah persandaran
agar berimbun pepohon kemaafan
dan diberi suaka persahabatan
sambil teruntuh kubu perbatasan
untuk kali yang berikutnya.

Hidup aku memang asing
segala-galanya aku berkotakan sepi
namun terkadang harus bersama
supaya terubat kehibaan sekeping hati
bahawa aku tidak harus selalu bersendiri
aku masih mengasihi dan
aku masih ada yang mengasihi.

Tuhan, di kelautan aku berlayar
di bahtera sendiri bersendiri
semoga di kala aku menuju
menghadapMu bersolo diri
aku denganMu bukan asing lagi.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Jumaat, 30 Mac 2012, jam 11.00 malam.

Comments

  1. beruntunglah menjai orang yang terasing...sedangkan kamu bukan orang yang asing..

    ReplyDelete

Post a Comment