Suatu Saat Ku Telah dan Akan Kembali

Suatu saat aku akan kembali. Rupanya hari inilah aku kembali walaupun untuk seketika. Terima kasih kepada semua yang menerima saya seadanya sama ada di SMKAKK mahupun di SEMAI/SMKA TUNAS.

Saya tidak pernah menjangka mahupun menduga apa-apa untuk ziarah saya di SMKAKK dan SMKA TUNAS sepanjang hari ini. Saya fikir semua sudah tahu keputusan saya. Rupanya belum. Saya membawa khabar yang saya ada dengan kesyukuran kepadaNya. Kepada yang mahu melihat sijil LCCI-IQ Tahap 2, setelah saya terima nanti, saya akan tunjukkan sama ada secara nyata mahupun secara gambaran, InsyaAllah. Mungkin apabila sijil ini saya terakan, ada yang akan bertambah motivasinya untuk berjaya, mogakan.

Saya minta maaf jika ada kesalahan, kesilapan dan kelemahan sepanjang ziarah saya tadi dan sepanjang saya bersama kalian semua sepanjang 5 tahun ini.

Apabila saya menziarahi SMKAKK pada waktu pagi, saya rasa sekolah ini amat sunyi. Rupanya, setelah jam 1 petang, sudah ramai yang berduyun seraya bertanya. Biarlah, saya mengerti. Begitulah ceritanya jua di SEMAI, cuma kurang sedikit, kerana kebanyakan Tingkatan 3 dibawa keluar oleh sekolah untuk bermain bola sepak.

Terima kasih saya secara khusus kepada ayahanda Pengetua SEMAI, Dr. Mohd. Kassim Tusin, kerana menerima kunjungan perkenalan saya hari ini. Sekurang-kurangnya dengan pertemuan seperti ini, hubungan antara saya dengan SEMAI saya berkekalan biarpun mungkin masih ada sedikit benda yang masih tidak kena. Namun begitu, ketahuilah, wahai warga SMKAKK dan SEMAI, saya sudah maafkan semua orang dan saya sudah tidak ada apa-apa lagi di kedua-dua sekolah ini.

Frasa "suatu saat aku akan kembali" sudah tercapai pada hari ini. Semoga hasrat itu tercapai lagi suatu hari nanti.

Comments