SBPA Batal

Saya bercakap berdasarkan fakta dan sejarah dan sebagai seorang rakyat Malaysia, bukannya sebagai seorang pengkhidmat awam.


Saya dengar ramai yang tidak bersetuju dengan kandungan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Kepada yang membantah SBPA, bersyukurlah, kerana bukan setakat Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan, malah SSM akan ditambah baik dan banyak gaji akan meningkat setelah pemurnian semula SSM!

Mungkin ramai yang berpuas hati, ramai juga yang sebaliknya. Itu perkara biasa. Jangan tanya sumbangan negara pada kita, tanyakan sumbangan kita kepada negara.

Apapun, kepada penjawat awam, teruskan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana rezeki penjawat awam yang ikhlas bekerja keranaNya pasti dimurahkan. Jangan harap balasan dunia semata-mata, ingat jua balasan akhirat.

Kepada anggota tentera, cuma saya kurang mengerti adakah SBPA dipakai atau SSM diguna semula setelah Kementerian Pertahanan mendapati semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersetuju dengan penggunaan SBPA tentera. Jadi Pekeliling Perkhidmatan (PP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 12/2011 mungkin diteruskan sementara semua PP JPA yang lain dari nombor 10 hingga seterusnya, tahun 2011, ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak, atau dalam erti kata lain, SBPA dibatalkan.
Selaras dengan pembatalan SBPA, gaji SSM dilaraskan 13% (Gred 1 hingga 54), 9% (Gred Khas dan Utama C hingga A), 8% (Gred Turus 3 dan 2) dan 7% (Gred Turus 1 dan Turus Utama). Jadual Gaji Matriks (JGM) dikekalkan. Bantuan Sara Hidup dinaikkan RM 50 bagi staf di kawasan B dan C. Elaun Kritikal, Elaun Wilayah, Elaun Pedalaman dan Elaun Subjek Pendidikan dikekalkan. Laluan kerjaya berdasarkan prinsip time-based (mengikut tempoh perkhidmatan) bagi guru-guru dikekalkan.

Selaras jua dengan pembatalan SBPA, PM mengumumkan penubuhan suruhanjaya mengkaji perkhidmatan awam Malaysia secara holistik dan komprehensif.

Penjawat awam, orang yang merasa cukup dengan apa-apa yang ada sudah pasti menjadi orang yang bersyukur dan terus bersyukur.

Comments