Pesanan Ringkas Sebelum Keputusan SPM 2011

Kemungkinan besar, saya akan menutup sementara akaun Facebook saya mulai jam 12.00 tengah malam hari Selasa, 21 Mac, bagi memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menerima dan meredhai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang akan saya terima seawal jam 10.00 pagi hari yang sama. Saya akan kembali membuka semula akaun Facebook saya selewat-lewatnya pada petang hari yang sama untuk membolehkan saya berkomunikasi dengan yang lain di seluruh Malaysia melalui Facebook.

Bagaimanapun, saya masih boleh dihubungi melalui Twitter. Sebarang mesej, sembang atau panggilan hanya akan dijawab selepas keputusan diperolehi.

Kepada yang mengambil keputusan Rabu ini, saya doakan semoga kita semua berjaya. Selepas menerima keputusan ini, saya redha dengan segala ketentuanNya.

Comments