Meraikan Ukhuwah sempena MTQSS Daerah KK 2012

Apresiasi kenangan ketika Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Daerah Kota Kinabalu 2012 pada 24 Mac 2012 di SM Sains Sabah (SMESH), Kota Kinabalu, Sabah.

Saya dapat jua merealisasikan satu hasrat - suatu saat ku akan kembali. Mengapa begitu? Pertama, sebab saya sudah 5 tahun tidak datang ke SMESH. Terakhir kali menziarahi SMESH ialah pada tahun 2007. Selepas itu, semenjak di SMKAKK, tidak pernah pun saya menziarahi SMESH. Saya nampak SMESH banyak berubah. Kini, SMESH sudah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sejak tahun lepas; dan saya kembali lagi. Kedua, sebab saya rindu sahabat-sahabat dan adik-adik saya yang di SMKAKK dan SEMAI (nama lain bagi SMKA TUNAS). Sebahagian daripada mereka pernah menjadi tempat saya mencurah rasa kasih. Sekarang mungkin masih mungkin tidak lagi.

Apapun, Alhamdulillah, hari itu bagi saya adalah hari yang amat gembira bagi saya. Saya pernah berkata kepada sahabat saya bahawa saya ingin kembali bersama berita baik yang memungkinkan orang lain boleh mencontohi kebaikan diri ini tanpa diminta.

SEKITAR MTQSS KK 2012

MTQSS Daerah KK 2012 diadakan di SBT, SMESH pada 24 Mac 2012. Majlis disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pelajaran (Pendidikan Islam) Daerah Kota Kinabalu, Ust. Arbaen Shawal, yang mewakili PPD, Tuan Hj. Bad Hamid Hj. Musli.

Sebanyak 6 acara dipertandingkan, iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Bercerita Kisah al-Quran, Syarahan Agama, Syarahan Bahasa Arab dan Nasyid. Seperti yang saya ramal, ya, merekalah yang tersenarai dalam senarai saya (SMKAKK dan SEMAI). Cuma, saya baru tahu bahawa SEMAI turut menghantar kumpulan nasyid.

Saya hanya sempat mengikuti acara Syarahan Agama (L), Tilawah al-Quran (SM-L) dan Nasyid (SR/SM). Bagaimanapun, saya bersyukur kerana MTQSS kali ini meriah.

CATATAN KHAS SEMPENA MTQSS KK 2012


Berikut adalah catatan khas saya sempena MTQSS KK 2012.
  1. Syed Mohd. Ridzuan Raflee (SEMAI) kali ini menyertai 2 acara, iaitu Tilawah al-Quran (SM-L) dan Nasyid (SM). Beliau bertindak sebagai solo nasyid. Sepanjang mengenalinya, saya hanya pernah mendengar beliau bertilawah sahaja. Saya tak pernah mendengar beliau menyanyi melainkan ketika nasyid kali ini.
  2. Kamal Habib Norakim (SMKAKK) adalah muka baru dalam SMKAKK. Baru menyertai SMKAKK melalui SMK Badin, Tuaran. Saya bertemunya semua setelah 7 tahun tidak bertemu. Kali terakhir saya bertemunya ialah pada Julai 2005 di SMKA Ranau (SEMEKAR).
  3. Saya kali ini menyokong kedua-dua sekolah saya, SMKAKK dan SEMAI. Tetapi, keutamaan saya kali ini adalah sebagai ahli media sosial.
WAKIL DAERAH KE MTQSS BARAT

Saya mahu mengucapkan tahniah kepada semua johan ini yang akan mewakili Daerah KK ke MTQSS Bahagian Barat Sabah di SMKAKK pada 7 April ini.

Sekolah Rendah
  1. SK Bukit Padang (Johan Tilawah al-Quran SR-L; Johan Bercerita Kisah al-Quran L)
  2. SK Pomotodon, Inanam (Johan Tilawah al-Quran SR-P) 
  3. SK Tanjung Aru 2 (Johan Hafazan al-Quran SR-L)
  4. SK Malawa, Telipok (Johan Hafazan al-Quran SR-P; Johan Bercerita Kisah al-Quran P) 
  5. SK Kolombong, Inanam (Johan Nasyid SR)
Sekolah Menengah
  1. SMKAKK (Johan Tilawah al-Quran SM-L; Johan Syarahan Agama L; Johan Nasyid; Johan Pengurusan Bilik Acara Terbaik, Johan Keseluruhan)
  2. SMESH (Johan Tilawah al-Quran SM-P; Johan Syarahan Agama P)
  3. SEMAI (Johan Hafazan al-Quran SM-L; Johan Syarahan Bahasa Arab L)
  4. SMK SANZAC (Johan Hafazan al-Quran SM-P)
  5. SMK Tebobon (Johan Syarahan Bahasa Arab P)
Tulisan yang diitalikkan melambangkan sama ada itu menjadi hadiah tambahan atau peserta tersebut berkemungkinan tidak akan mewakili Daerah kerana ketiadaan acara tersebut di peringkat bahagian Barat Sabah.

Comments