Seorang Aku Tanpa Kasih Mereka

(i)
AKU

Seorang aku
tanpa kasih ayahbondaku
adalah seorang yang tercicir
dari meneguk
minuman ilmu agama.


Akhirnya tiada aku merasa bererti
dicipta, turun ke dunia
tanpa rasa kasih dan ilmu
kedua mereka
walaupun aku berguru.

bapaku ini Setiausaha Negeri
ibuku ini pula YB
terbeban tugas mereka ke sana ke mari
mereka hanya mohon
supaya pembantuku
dia sajalah bisa menjagaku
dialah wakil ayahbondaku.

(iii)
KAWAN 1

Kawan, hari ini cuti, bukan?
cuti sekolah, katakan.
marilah, kita berjalan
kau pun, umurmu 13 sudah
macam umurku jua
berlibur kita di Suria.

(iv)
KAWAN 2

Assalamualaikum.
Besok ada sambutan
Pantai Barat Berselawat.
Mahu ikut, marilah.

(v)
AKU & KAWAN 1

Kau saja, labu!
Kami mahu berkaraoke.
Itu, K-Box di sana.
Kami menyanyi dululah.

(vi)
KAWAN 2

Pantai Barat Berselawat esok.
Jadi aku mahu tahu
mereka yang sebenar.

Aku beruntung
ibu bapaku yang sibuk
menafkahkanku ajaran Islami.

Siapalah aku
kalau menjadi mereka
yang suka melepak ke sana ke mari
bertumbuk sahaja dengan yang lain kerjanya
minum sampai menyanyi menari-nari

Aku beruntung
ayahbondaku mendekatkanku
dengan Tuhanku
dengan Rasulku
dekat ku rasa dengan masjid
insaf ku rasa bila mendepani Penciptaku
besarnya Dikau, Tuhan...

Yang dua itu akhirnya dilihat
oleh guru besarku.

(vii)
AKU & KAWAN 1

Guru besar sedih dengan si kawan itu
mendengarkan kami yang sebenar
di hujung mata dan hatinya.

(viii)
KAWAN 1

Muhasabah aku.
Beginilah aku
yang si dia kata
kerana tandusnya perhatian
dua ibu bapaku
yang saling mengutama
tugas kepada negara.


(ix)
AKU

Apa keutamaan ayahbondaku yang sebenar?
Seorang aku
atau seribu tugasnya?

Aku tidak mampu hidup sendiri
wahai orang tuaku
kerana aku turun keranamu jua
aku adalah amanahmu dari Tuhanmu
maka aku masih rindu kasihmu.

Aku untung tidak terlalu mendekati
rakan-rakan wanita.
Kalau-kalau wanita itu tidak indah pekertinya
mungkin terlanjur sudah aku dengannya.

Aku masih mahu mengindahkan diri
dengan akhlak mulia
seindah pekerti Nabiku.

(x)
SEMUA

Kami gembira
menikmati kasih ibu bapa
menerima nafkah mereka
hidup dalam damai dan selesa.

Kami gembira
bertemankan sahabat yang baik akhlaknya
yang tinggi iman dan taqwanya
yang sering dikasihi dan dipeduli emak bapaknya.

Kami menyesal
andai seorang kami tercela
dengan kenodaan dosa.

Semoga Allah melindungi kita.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Jumaat, 3 Februari 2012, jam 2.47 petang.

Comments