Mengenang Rasulullah

(i)

Ya Rasulullah,
kiranya kau masih hidup di atas dunia
pasti bumi ini lebih adil dan aman
sambil bertambah ramailah pengikut setiamu.


Setelah kau pulang ke pangkuan Allah
kami mahu dan akan terus setia
mendaulatkanmu dan mengangkasakanmu
melalui pengamalan terhadap sunnahmu SAW
juga seminima lafaz selawat ke atasmu.

Kami mendaulatkanmu tidak hanya tika ulangtahunmu
tetapi biarlah dikau, ya Rasulullah
dicintai dan didaulatkan sepanjang hayat bumi ini
kerana kaulah sebenar Rasul yang Teramat Mulia
Duli Tuanku bagi Muslim dan Mukmin
yang telah bersetia akan menjunjung tinggi dirimu dan kerasulanmu.

Ya Rasulullah,
ilmu warisanmu teruslah mengharum
mewangi hati-hati yang menyayangimu
di kala bumi semakin menghakis ajaranmu
kerana sejuta keuntungan tetap ada
buat yang menyertaimu dalam sunnah dan selawat.

Ya Rasulullah,
semoga dikau mengasihi kami semua
kerana kami semua mengasihimu seadanya.

(ii)

Rasul kita pasti gembira
andai dunia berselawat ke atasnya
kiranya dunia masih berarak dan berhimpun
mengingati diri dan jasanya yang tiada taranya.

Mari, diriku dan dirimu semua
mari mencintai Rasulullah
kerana dierti cinta itu
adalah cinta kepada Allah.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Rabu, 1 Februari 2012, jam 12.33 tengah malam.

Comments