Kasih itu Bukan Sehari

Kasih sayang itu bukan sehari
kerana kelmarin, hari ini dan esok
kasih itu masih hidup berdiri
di sini.

Tiada sejarah Islamku
mencatat bahawa cinta itu hanya sehari khas
Lagipun, selama kekalnya Ilahi
selama itulah kekalnya cinta kepada Ilahi
dan sesama insani
kerana kasih Tuhan itu tinggi dan lestari.


Hargai kasihNya
dan sayang semua
kerana ku tahu tidak selamanya
kita mengasihi dan dikasihi
biarpun kasih Tuhan itu malar abadi.

Beriku peluang
untuk mengasihimu
berikanku harapan
agar seorang aku dikasihimu dan disayangiNya.

Perumahan Hospital Tuaran, Sabah.
Selasa, 14 Februari 2012, jam 1.08 pagi.

Comments