Dukacita: Kepulangan Pak Cik ke Rahmatullah

بسم الله الرحمن الرحيم

 كل نفس ذائقة الموت ثم إلينا ترجعون

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian kepada Kamilah (Allah) kamu dikembalikan.
(Al-Quran)

Saya dengan dukacitanya mengumumkan bahawa salah seorang dari pak cik saya baru sahaja pulang ke Rahmatullah, sekitar jam 10.30 malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, akibat serangan jantung.

Beliau adalah al-Marhum Pak Lang Yeh, atau nama sebenarnya Alias bin Hj. Omar, berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Saya melalui bonda saya menerima berita dalam waktu tersebut (10.30 malam). Al-Marhum dilaporkan telah dikejarkan ke HTJ semalam kerana tidak sedarkan diri. Al-Marhum di hujung nyawanya diberi bantuan pernafasan. Setelah semalamam berada di HTJ, pengamal perubatan akhirnya mengesahkan al-Marhum meninggal dunia.

Semasa hayatnya, al-Marhum telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan pangkat terakhirnya ialah Pegawai Waran II. Kemudiannya, saat persaraannya diisi dengan menabur khidmat dalam institut memandu di Seremban.

Akhirnya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum. Al-Fatihah.

AWANG ABDUL MUIZZ
18 Februari 2012

Comments

  1. Inalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat... Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inna lillah wainna ilaih rajiuun.
      Allahumma amin.
      Terima kasih doanya.

      Delete

Post a Comment