Friday, 17 February 2012

Andai Rasulullah SAW Masih Ada (لو كان بيننا الحبيب)

يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعو ندعوك ربي من الأعماق

Ya Tuhan, lalainya kami dan tamaknya setiap dari kami
KeampunanMu, kemuliaanMu, pembebasan dari nerakaMu
dan penjejakan ke mahligai syurgaMu bersama penghulu seantero manusia
Kami pohon, kami pinta padaMu jauh dari sudut hati...

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

Andainya masih ada seorang Kekasih,
pasti langsai segala hutang, dan makin mampirlah
dengan wangian Baginda sebelum hilangnya
rasa meminta-minta untuk mendampingi Kekasih.

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

Tika mendekatinya, harumlah jiwa
dan setiap yang dipinta kepadaNya pasti dikota
Sinar seorang Taha itu takkan pernah sirna
Sempatkanlah kami menemuinya, oh Tuhan yang menjawab segala pinta.

هداك الكون الرحيب
رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب
جوارك الغصن الرطيب

Hidayahmu kepada alam bertebar merata
tanda hampirnya kasih Tuhan yang memberi hidayah lagikan dekat
Hadis-hadismu laksana sungai-sungai yang jernih
Mendampingimu seperti dahan yang tumbuh segar dan basah.

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

Maka, ku tebus seorang aku denganmu, duhai Sayang
Seorang Muhammad yang amat mulia lagi yang terasing
Dengan mendekatimu, jiwa turut mewangi,
duhai rahmat buat sekelian alam.

يا حبيبي يا محمد
يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد
جل من صلى عليك

Wahai Kekasihku, wahai Muhammad,
wahai tabibku, wahai yang dipuji,
dirimu diakui memiliki kelebihan
oleh Tuhan yang Mulia yang berselawat ke atasmu.

0 comments:

Post a Comment