Rakyat Hakim Negara?


Saya fikir slogan Rakyat Hakim Negara yang diilhamkan mantan pemimpin Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga (Laknatullah Alaiha) telah mengaburi fikiran rakyat. Yang menghairankan, peguam yang membela Azlina Jailani (Lina Joy) dalam kes murtad di Mahkamah Persekutuan, beberapa tahun lalu, berjaya mempengaruhi rakyat berfikiran jangkal dengan slogan seperti ini. Sebelum itu, perjuangannya melalui pertubuhan haram, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), yang memperjuangkan 8 usul mengenai pilihanraya di Malaysia, turut berjaya mempengaruhi pemikiran dangkal rakyat, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Bagi saya, amat bersalahan jikalau rakyat menyokong perjuangan Datuk S. Ambiga. Bukan kerana sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR, tetapi kerana kredibilitinya dalam industri perundangan dan kehakiman semakin hari semakin hilang. Golongan guaman dan kehakiman yang berbeza fahaman dengannya pasti tidak berpuas hati dengan reputasi guamannya; lagikan golongan agamawan Islam lagi marah kerana membela orang yang murtad yang sepatutnya sudah dihukum mati mengikut perundangan Islam.


Sepanjang ingatan saya, golongan kehakiman (termasuklah guaman) bebas daripada sebarang fahaman politik. Jikalau peguam, hakim dan pendakwaraya menyertai kegiatan politik, pasti prinsip keadilan akan hilang kerana seseorang pemimpin mahupun peserta politik perlu menjaga hati para pemimpin dan peserta politik yang lain yang bersefahaman dengannya. Prinsip keadilan hilang.

Saya bukannya mahu membandingkan Datuk S. Ambiga dengan etika perundangan Islam secara bersahaja, tetapi saya pasti seorang ahli perundangan dan kehakiman wajib mematuhi etika perundangan, lebih-lebih lagi etika perundangan Islam. Etika perundangan dan kehakiman Islam ialah tidak menyusahkan, adil, sedikit tanggungjawab, beransur-ansur dan menyeluruh.

Setakat pemahaman saya, slogan “rakyat hakim negara” bererti semua rakyat Malaysia menjadi hakim untuk segala kes yang berlaku dalam negara, atau rakyat yang menentu masa depan negara. Saya hanya bersetuju sekiranya slogan itu memberi pengertian seperti konnotasi kedua tadi. Kalau konnotasi pertama dipakai, amat bersalahan jadinya. Tetapi, saya jamin, untuk kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi, konnotasi pertama adalah interpretasi yang paling tepat bagi slogan di atas.

Andainya rakyat menjadi hakim negara, nescaya tiadalah mahkamah yang khusus di Malaysia. Maksudnya sistem kehakiman sivil dan Syariah ditolak tepi; perkhidmatan hakim, pendakwaraya, pesuruhjaya kehakiman, peguam, pegawai undang-undang, pegawai Syariah, pegawai Sulh, kadi dan sebagainya ditiadakan mahupun tidak dihargai; sedangkan sistem kehakiman menyumbang kepada kestabilan negara. Bayangkan, ramai rakyat Malaysia yang tidak matang menjadi hakim; semua mahu menjadi hakim dengan nafsu, bukan dengan akal; yang tidak bersalah akan dibersalahkan; orang yang sepatutnya dipenjara dihukum mati; orang yang sepatutnya disyaratkan berkelakuan baik dihumban ke penjara, tanpa merujuk undang-undang dan hanya merujuk pendapat majoriti rakyat. Kalau perkara ini berlaku, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Perlantikan Hakim (SPK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (SPPK) menjadi mangsa keadaan!

Orang perundangan dan kehakiman adalah rakyat-rakyat yang dipilih oleh Kerajaan kerana perkhidmatannya dan boleh dipercayai untuk menjalankan perundangan dan kehakiman di sesebuah negara. Mungkin, setelah penjelasan ini, benar, rakyat hakim negara. Tetapi, bukan kesemua 27 juta rakyat Malaysia adalah hakim! Hakim hanya yang ditauliah ilmu perundangan dan kehakimannya dan diberi kepercayaan menjalankan tugas yang demikian. Bayangkan lagi, andai semua rakyat itu hakim, manakah penggubal undang-undang? Manakah guru? Manakah doktor? Manakah polis? Manakah bomba? Semuanya menjadi hakim!?

Senang cerita, memang kelaziman, perselisihan pendapat membuahkan perbalahan. Pulangkan dan serahkan sesuatu urusan yang “syubhah” kepada Allah.

Tuhanlah Hakim segala Negara, kerana Allah itu Maha Adil dan Menghakimi!

Izinkan saya mengulas secara ringkas mengenai kempen Rakyat Hakim Negara yang dijangka berlaku 9 Januari ini. Segala kes yang wujud di sebarang mahkamah, maka pengadil mahupun hakimlah yang memutuskan, bukannya semua rakyat seperti yang dilakukan pada pilihanraya. Pilihanraya, memang patut rakyat menghakimi parti-parti politik dalam negara, untuk memilih kerajaan, setiap setengah dekad. Tetapi, urusan perundangan dan kehakiman, hanyalah untuk ahlinya sahaja!

Andainya demonstrasi haram ini berlaku, sebenarnya para demonstrat sedang menggugat prinsip keadilan dan tidak menyusahkan dalam perundangan Islam. Bagaimanakah hakim mampu membuat keputusan dengan adil sekiranya wujud pihak yang mendesak? Demonstrat itu perayu keputusan. Tiada istilah perayu keputusan dalam penghakiman, kecuali hanya terpakai kepada plaintif dan defendan. Tiada orang lain yang boleh merayu dalam sesuatu penghakiman.Demonstrasi pula menunjukkan demonstrat menyusahkan pengadilan yang berjalan yang hampir selesai di suatu peringkat.

Dibimbangi juga bahawa akauntabiliti hakim yang mengadili kes hilang kewarasan dan merasa stres kerana didesak oleh pendesak. Hilang prinsip kebertanggungjawaban, prinsip tidak menyusahkan dan prinsip keadilan – hanya kerana demonstrasi haram. Demonstrasi haram bukan amalan Islam! Orang Islam sendiri sudah dimalukan oleh orang bukan Islam kerana suka berdemonstrasi dan menyokong perjuangan yang salah!

Oleh hal yang demikian, jangan berdemonstrasi kerana Islam tidak pernah menggalakkan hal sedemikian dan demonstrasi yang nanti tidak melambangkan jihad Islam yang menjadi sunnah Rasulullah SAW yang sebenar. Janganlah Rakyat Hakim Negara, biarlah yang diperhakim menjadi hakim, atau biarlah, tetaplah Allah itu Maha Hakim segala Hakim!

Akhirnya, dalam penghakiman 9 Januari nanti, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang saling menyalahkan diri mereka masing-masing. Ingat, setiap kita ada kelebihan dan kelemahan. Jangan terlalu bangga dengan kelebihan dan jangan terlalu hina dengan kelemahan. Kita semua sama.

Comments