Pantau Tegur Bahasa

Alhamdulillah. Hari ini saya tertarik untuk mengadakan sedikit perkongsian mengenai Pantau Tegur Bahasa, terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Kali terakhir saya mengadakan Pantau Tegur Bahasa ialah pada 20 November 2010, di Ramai Jaya, Tuaran.

MUSTAHAK: Pantau Tegur Bahasa merupakan sebuah program tugasan rasmi yang dijalankan oleh para Perancang Bahasa dan Penolong Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di seluruh Malaysia. Perkara ini hanya melibatkan Bahasa Melayu sahaja kerana untuk menjaga keaslian dan kedaulatan Bahasa Melayu di Malaysia, selaras dengan kehendak Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (pindaan 1967) (semakan 2006). Sila baca di sini jika masih ingin memahami. Namun begitu, Pantau Tegur Bahasa di sini bermaksud kita melihat tahap sesuatu bahasa itu ditulis atau dipertuturkan dan kita perbetulkan sesuatu penulisan atau pertuturan itu selaras dengan kehendak dengan perundangan semasa bahasa. Semua pun boleh mengadakannya dalam konteks umum dan kemasyarakatan. Dalam konteks DBP, perkara ini bidang kuasa mereka dan tugas rasmi mereka.


Berbalik kepada perkongsian saya pada hari ini.

Saya tertarik untuk membaca frasa berikut:


Penulis perkataan ini ialah orang yang masih belajar Bahasa Arab secara formal. A berkata bahawa beliau difahamkan bahawa sahabatnya, B, akan berjalan ke Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah pada hari yang berikutnya. A meminta persetujuan B mengenainya.

Selanjutnya, B menjawab dengan perkataan yang berikut:


InsyaAllah, katanya, beliau (pembahasaan B: Abang) akan berjalan untuk membeli barang-barang dan perhiasan kelas. (Bersama tawa.) B berharap agar dapat turun bersama A.

Dalam Morfologi dan Sintaksis Arab (Nahu dan Saraf), 2 ayat di atas adalam Ayat yang Tidak Difahami kerana kurang mahir dalam bertutur bahasa Arab dan dipercayai hanya menggunakan teknik terjemahan terus melalui Google Translate. Saranan saya agar berhati-hati untuk berbahasa Arab melalui Google Translate.

Bahasa yang sebenarnya beginilah. A sepatutnya beginilah:

هيا نذهب إلى "سنتر بوينت" في يوم الإثنين. انت توافق، يا أخي؟

Manakala B sepatutnya bertutur seperti ini:

.أنا موافق، إن شاء الله. ساذهب في يوم الإثنين لشراء البضائع والأشياء لتنظيف الفصل
.أتمنى كذلك، إن شاء الله واللهم أمين


Beginilah bahasa yang sebenarnya.

Comments