Posts

Showing posts from January, 2012

Keseorangan dan Kesiangan di Ibu Negeri

Teringat pula saya pada suatu frasa. "Akan tetap ku kenang kasihmu terhadap diriku..." Lagu Nilai Cintamu nyanyian Sudirman.


Pagi tadi, saya menghadiri Ujian Bahagian 1, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) (Lesen L). Alhamdulillah, saya mendapat 48/50. Saya kemudiannya akan menyertai Bengkel Memandu selama 3-6 jam (Syarat wajib ialah 6 jam) untuk melayakkan saya mendapatkan Lesen L.

Pantau Tegur Bahasa

Image
Alhamdulillah. Hari ini saya tertarik untuk mengadakan sedikit perkongsian mengenai Pantau Tegur Bahasa, terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Kali terakhir saya mengadakan Pantau Tegur Bahasa ialah pada 20 November 2010, di Ramai Jaya, Tuaran.

Kami Cinta Negara

Selamatlah negaraku
berdaulatlah rajaku
bersama rahmat dari Tuhan
yang cinta keindahan

Seketika Menoleh ke Belakang

Seketika aku menoleh ke belakang
siapalah aku di sini?

Sebuah Rindu Menitip Harapan

(i)

Harapanku
semoga kita menerima waktu
semoga kita bersua muka kembali.

Kerana segenap rindu
berhalaman di beranda hati
walaupun hadirnya bukan kunanti
juga ziarahnya mana mungkin semudahnya direstu diri
seorang yang menghadapinya, hayatnya sengsara.

Apresiasi Sastera - Ombak Rindu

Image
Kelmarin, saya membahagikan lirik lagu Ombak Rindu nyanyian asal Hafiz dan Adira dan nyanyian semula Harris, kepada 3 bahagian sajak yang berbeza. Hari ini, saya mahu mengangkat tajuk Ombak Rindu sebagai karya apresiasi puisi, apresiasi filem dan apresiasi novel.

Ombak Rindu

Lagu Ombak Rindu boleh didengar dalam versi asal oleh Hafiz dan Adira atau versi nyanyian semula oleh Harris.

(i)

Tuhan, tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisiku

Rakyat Hakim Negara?

Saya fikir slogan Rakyat Hakim Negara yang diilhamkan mantan pemimpin Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga (Laknatullah Alaiha) telah mengaburi fikiran rakyat. Yang menghairankan, peguam yang membela Azlina Jailani (Lina Joy) dalam kes murtad di Mahkamah Persekutuan, beberapa tahun lalu, berjaya mempengaruhi rakyat berfikiran jangkal dengan slogan seperti ini. Sebelum itu, perjuangannya melalui pertubuhan haram, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), yang memperjuangkan 8 usul mengenai pilihanraya di Malaysia, turut berjaya mempengaruhi pemikiran dangkal rakyat, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Bagi saya, amat bersalahan jikalau rakyat menyokong perjuangan Datuk S. Ambiga. Bukan kerana sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR, tetapi kerana kredibilitinya dalam industri perundangan dan kehakiman semakin hari semakin hilang. Golongan guaman dan kehakiman yang berbeza fahaman dengannya pasti tidak berpuas hati dengan reputasi guamannya; lagikan golongan agamawan Isl…

Tips untuk Berjaya

Artikel ini asalnya ditulis daripada kemaskini status Facebook milik guru saya dari SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab, Kuching, Sarawak; Ustazah Habibah Mohamad Suhai; pernah mengajar di SMKA Tun Ahmad Zaidi.


Semua tulisan yang ditebalkan melambangkan pesanan guru saya ini.


Saya cuba berkongsi pesan-pesan guru ini dan cuba menghurainya sedikit tentang tips orang yang berjaya. Tips ini juga sesuai dalam mencari sahabat dan mengekalkan persahabatan atas nama ilmu dan kerana Allah, terutamanya ketika dalam pengajian.