Terima Kasih, Sekolahku!

13 Disember 2011 adalah hari akhir persekolahan saya. Tamat sudah persekolahan selama 11 tahun. Akan tetapi, perjuangan belum selesai. Selepas ini, kita akan ke pengajian tinggi. Ada yang akan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran, Institut Pendidikan Guru, Asasi mahupun Tamhidi di Universiti Awam, tak kurang juga yang akan ke pengajian tinggi swasta.


Yang pasti, saya ingin berterima kasih kepada SMKA Kota Kinabalu (SMKAKK) kerana memahami saya dan perjuangan saya yang sebenar di sini.

Saya bukan mahu jadi orang lain pun, saya ingin menjadi diri saya sendiri.
(Saya, 10 November 2011; Surau ar-Rahman, SMKAKK)
Selepas habis peperiksaan SPM

Sahabat: Zainulariffin Hj. Narawi, Muhd. Khalid Khumaini Hj. Chacho,
Mohd. Shafiq Hasbollah, Mohd, Madzuan Shafaraz Mahmud,
Ahmad Taqiyuddin Alias, Noor Atikah Hj. Haris dan
Hamizahtul Izzati Ruslan.
Rakan-rakan puteri: Noor Hasifah Abdul Ghani, Sharifah Safiqah Aznan,
Hamizahtul Izzati Ruslan, Noor Atikah Hj. Haris dan
Noraziwahidah Sahili.
جزى الله مدرستي خير جزاء

اللهم نور قلوبنا بنور هدايتك
Selepas ini, saya berada di medan sastera Melayu - menyahut suatu seruan bahawa bahasa jiwa bangsa, sastera bunga bahasa. Dalam memperjuangkan sastera Melayu, agama tetap menjadi kewajipan dan keutamaan. Sebab itu, dalam afiliasi saya, saya adalah ahli Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Saya ada ditanya tentang peninggalan saya di sini.

Saya tidak meninggalkan apa-apa di sini. Saya hanya meninggalkan ilmu kerana ilmu tetap hidup walaupun pemberinya sudah tiada.
(Saya, 13 Disember 2011; Dewan Makan, SMKAKK)

Kata saya tadi selaras dengan sabda Rasulullah SAW:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan dirinya."

Mustahak - Saya masih ingin bersama warga SMKA Tun Ahmadshah (TUNAS). Saya harap guru-guru, para penjawat pelaksana dan rakan-rakan pelajar SMKA TUNAS menerima saya semula, cukuplah walaupun sebagai seorang manusia. Saya akan melawat SMKA TUNAS pada tarikh yang akan saya tentukan sendiri.

Comments